Laman Utama
Pernah Terkucil Ketika Nyanyi Live, Keisya Levronka Optimis Bikin Konsert! - "Ketika Dikritik, Saya Masih Muda..."
Pernah tular gara-gara nyanyian sumbang di pentas Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23), penyanyi Keisya Levronka menganggap ia hal terburuk yang berlaku ketika permulaan membina karier seni.
Biapun situasi itu memberi impak terhadap dirinya, namun penyanyi berusia 20 tahun itu menganggap ia satu pengalaman dan pengajaran untuk menjadi lebih matang.
"Ketika suara saya dikritik pada waktu itu saya juga masih muda. Tetapi tidak mengapa, ia pun berlaku, tidak ada apa yang saya boleh lakukan lagi.
"Itu adalah antara pengalaman paling berat yang pernah saya alami, apatah lagi waktu itu saya baru berusia 19 tahun," katanya kepada Gempak.
Keisya berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Terbuai Pilu bersama Keisya Levronka yang dilakukan secara maya baru-baru ini.
Pada September tahun lalu, Keisya menerima kritikan hebat selepas ‘terkucil’ ketika membuat persembahan siaran langsung menyanyikan lagu Tak Ingin Usai di AIM23.
Berkongsi mengenai konsert yang bakal dianjurkan buat pertama kali di Malaysia, Keisya berkata ia menampilkan perjalanan hidupnya yang penuh berliku dan cabaran menerusi beberapa pilihan lagu berentak balada.
Konsert Terbuai Pilu Keisya Levronka ini bakal berlangsung pada 28 Oktober ini di Zepp Kuala Lumpur dan tiket sudah mula dijual dengan harga bermula RM188 sehingga RM598.
Tiket kini boleh didapati di https://mydeteksi.ubertickets.asia/ dan sedang dijual dengan cepat.
Must-Watch Video