HIBURAN
Persembahan Aina Abdul Di Konsert Melly Goeslow Buat Ramai Jatuh ‘Cinta’ - “Saya Menangis Bila…”
Penyanyi, Aina Abdul menarik perhatian ramai selepas muncul di Konsert Ada Apa Dengan Melly..? Prom Night baru-baru ini.
Tampil dengan menyanyikan lagu Cinta nyanyian asal Krisdayanti dan Melly Goeslow, Aina Abdul berjaya memikat lebih kurang 6,000 peminat yang hadir ke konsert tersebut.
Menerusi perkongsian di media sosial, rata-rata peminat terkesima dengan teknik nyanyian yang disampaikan oleh pelantun lagu Terus Hidup Itu.
Malah lebih menarik, Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani juga berjaya memikat pendengar menjadi peminat baharunya.





Selain Aina, konsert itu juga turut menampilkan pelakon terkenal Indonesia, Nicholas Saputra dan Dinda Dania untuk menghiburkan peminat pada malam tersebut.
Konsert Melly Goeslaw yang bertemakan 'Prom Nite' akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 31 Mei.
Melly sebelum ini mencipta sejarah dan fenomena menerusi penganjuran dua konsertnya di Malaysia iaitu Ada Apa Dengan Melly (Back To School) serta Ada Apa Dengan Melly Friends (Malam Graduasi) masing-masing pada Feb 2023 dan Jun 2024.
Must-Watch Video