Negara Filipina telah menobatkan seorang gadis berdarah kacukan Palestin, Gazini Ganados sebagai Miss Universe Filipina 2019 pada Sabtu lalu.

Gazini atau nama sebenarnya Gazini Christiana Ganados, 23, mewakili Cebu berjaya mengalahkan 40 finalis lain untuk bergelar ratu cantic untuk tahun ini.

A post shared by Gazini C. J. Ganados (@gazinii) on

Berasal dari Talisay City, Ganados mempunyai darah kacukan Palestin di sebelah bapanya.

Walaupun belum pernah bertemu dengan bapanya, dia berharap dapat bertemu kembali dengan darah dagingnya itu menerusi pertandingan ini.

Gazini merupakan graduan dari University of San Jose Recoletos dalam jurusan pelancongan.

Memulakan karier sebagai model seawal usia 15 tahun, dia kemudiannya dilamar oleh syarikat pengurus bakat, Sven Chua of Origin Model & Artist Management dan bekerja secara sepenuh masa.

A post shared by Gazini C. J. Ganados (@gazinii) on

Sebelum bergelar Miss Universe Filipina 2019, Ganados pernah memenangi gelaran Miss Milo Little Olympics 2011, Miss Cesafi 2016 dan pemenang kedua dalam Reyna Ng Aliwan 2015.

Terdahulu, rekod negara Filipina cemerlang dalam pertandingan ratu cantik apabila Catriona Gray dan Pia Wurtzbach dinobatkan sebagai Miss Universe tahun 2018 dan 2015.