The House musim baharu yang mengundang Ezurin Khyra sebagai tetamu mereka membuka tirai dengan episod pertama pada 21 Oktober lalu.

Sebaik ditayangkan, The House yang menampilkan perjalanan dan gaya hidup bekas model ini bersama kelima-lima anaknya iaitu Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra telah menerima banyak respons.

The House musim ini yang menampilkan gaya hidup keluarga Ezurin dikatakan tidak sesuai dengan keadaan yang melanda negara saat ini, namun tak kurang juga peminat yang melihat penampilan Ezurin dan anak anaknya dalam program ini menarik.

Gempak yang meninjau beberapa hantaran dan komen netizen melihat ada yang mengatakan The House bersama Ezurin dan keluarga memberi mereka peluang mengenali dengan lebih dekat mengenai personaliti yang cukup terkenal dalam kalangan sosialit ini.

Malah banyak yang mengatakan sudah mula terpaut dengan personaliti serta sikap natural Ezurin di dalam The House musim keenam ini.

"Cerita The House Ezurin Khyra best la pula, saya boleh nampak betapa natural dan baik hatinya dia," tulis @syhrhzamri di akaun Twitternya.

Seorang lagi pengguna Twitter, @HawaRazak, lewat cuitan yang dibuat pada 21 Oktober sekitar pukul 9.28 malam lalu, dia meminta agar durasi tayangannya dilanjutkan.

"Ohh i love the first episode!! Tak best sebab setengah jam je. I want Moreeeee. Ezurin Khyra so prettyyy. Princess goal."

Pemilik akaun @aminarchibald pula mengatakan biar Ezurin memiliki segala kemewahan hidup namun beliau tetap memiliki kerendahan hati. Hal itu dapat terlihat dari percakapan dan sikapnya.

"Even to those who talk negatively about her.. That's what i call Class!!" tulisnya.

Ikut memberi pandangan mengenai Ezurin yang menjadi trending tiga hari lalu adalah @nurathirahj.

"Ezurin Khyra menjadi trending di Twitter hanya kerana program tersebut?

"Pekerjaan saya membuatkan saya harus mengenali banyak orang dari golongan ini. Apa yang boleh saya katakan?

"Saya pernah melihat mereka dan mengikuti media sosial beliau di Instagram. Beliau adalah the most humble kerabat yang pernah saya ketahui.

"Sangat soft spoken, happy dan friendly," puji @nurathirahj.

The House bersama Ezurin dan anak anaknya turut menampilkan rakan karibnya, Magie Abang.

Program ini akan bersiaran selama 10 episod di platform televisyen menerusi saluran Astro Ria(124) dan Astro Ria HD (104) bermula 21 Oktober 2020, setiap hari Rabu, pukul 9 malam.