Laman Utama

Pertahankan Sam Ke Ting, Michael Ang Berang Dituduh Rasis - “Dia Kaum Kau, Kau Backup La”

gempak
Syafiqah Jalal
19/04/2022
06:46 MYT
Sponsor Banner
Pertahankan Sam Ke Ting, Michael Ang Berang Dituduh Rasis - “Dia Kaum Kau, Kau Backup La”
Hanya kerana pertahankan pemandu wanita, Sam Ke Ting dalam kes basikal lajak baru-baru ini, pengarah Michael Ang berang bila dituduh rasis atau bersifat perkauman.
Kata Michael tuduhan itu tidak berasas sama sekali kerana menafikan dirinya bersifat perkauman.
“Korang netizen tak ada modal lain ke kalau hendak berhujah. Balik-balik gunakan rasisme (isu kaum)! Sudah 2022 ‘racism is so yesterday’.
“Hanya kerana saya cakap perempuan itu tak patut dipenjarakam enam tahun, dengan segera keluar kenyataan, ‘dia kaum kau, kau backup la’. Apa yang bodoh sangat tu.
“Sudah-sudahlah kamu semua ya. Bukan semua orang kat Malaysia ini pentaksub perkauman macam kamu.
“Cuma kerana saya katakan sesuatu untuk mempertahankan seseorang yang berbangsa Cina, tidak bermakna saya rasis,” katanya.
Michael berkongsi luahan perasaannya itu menerusi Instagram.
Minggu lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Datuk Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman penjara enam tahun serta denda RM6,000 kepada kerani, Sam Ke Ting kerana memandu secara melulu.
Kemalangan yang berlaku pada 18 Februari 2017 tersebut menyebabkan kematian lapan remaja yang menaiki basikal lajak.
Susulan itu, satu petisyen merayu pembebasan Sam Ke Ting, 27, menerusi laman Change.org telah meraih hampir 900,000 tandatangan sejak dilancarkan empat hari lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live