,
Laman Utama

Pertama Kali Bekerjasama, Melinda Looi Bangga Karya Anak Sendiri Terlibat Dalam Projek Melinda Looi Couture 2023

Shahrin Zulkifle
09/10/2022
11:00 MYT
Pereka fesyen popular, Melinda Looi tidak mampu menggambarkan perasaannya yang terlalu gembira apabila projek Melinda Looi Couture 2023: Through Our Eyes telah melibatkan anaknya sendiri, Maya Luebbert secara langsung.
Jelas Melinda, dia sendiri tidak menyangka bahawa suatu hari akan bekerjasama dengan anaknya yang juga merupakan seorang pelukis karya.
Karya Anak Melinda
“Saya sendiri tidak pernah menyangka bahawa akan bekerjasama dengan Maya. Maya merupakan seorang pelukis, untuk projek kali ini saya telah menggunakan karya Maya pada koleksi saya.
“Ini adalah sebuah projek fesyen yang sangat bermakna kepada saya secara personal dan ia adalah koleksi baju-baju yang sangat sentimental untuk diri saya.
“Perasaan memang sangat gembira apabila anak dan keluarga terlibat sama dalam koleksi pakaian saya kali ini. Melihat semuanya berkumpul untuk mencipta sesuatu adalah benar-benar menakjubkan,” katanya.
Melinda ditemui pada acara pertunjukkan fesyen Melinda Looi Couture 2023: Through Our Eyes yang berlangsung di Sentul Depot West, Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Gabungan Couture & Kraf Sarawak
Menurut Melinda, selain mengambil hasil karya lukisannya anaknya, koleksi couture kali ini turut menggabungkan elemen kraf tradisi masyarakat Sarawak.
“Saya pergi ke Sarawak pada akhir Ogos untuk mendokumentasikan perjalanan koleksi couture saya.
“Pada setiap koleksi anda akan temui tradisi klasik dan kontemporari Malaysia seperti gabungan imaginasi anyaman rotan tradisional, tenun, batik dan songket dengan pakaian yang digabungkan dengan teknologi, semuanya diselitkan dengan motif yang jelas daripada buku lakaran Maya,” ujarnya lagi.
Pada acara pertunjukan fesyen itu juga, lebih daripada 30 rekaan telah diperagakan yang merangkumi elemen karya lukisan Maya dan seni kraf Sarawak.
Sementara itu, acara turut diserikan dengan persembahan daripada penyanyi bervokal lantang, Aina Abdul, selain kehadiran selebriti tanah air seperti Datuk Syafinaz Selamat dan Vaneesa Raynauld.
Dalam pada itu, Melinda memaklumkan, menerusi projek Melinda Looi Couture 2023, sebanyak dua kempen akan dilancarkan. Berikut merupakan maklumat kempen:
#1 Kempen Through Our Eyes
Acara itu akan berlangsung pada 1 November depan di Book Acess Lalaport. Through Our Eyes bertujuan untuk memberi inspirasi kepada inovasi dan kreativiti dalam jangkauan komuniti.
Beberapa koleksi serta karya seni daripada Maya akan dipamerkan dan dibuka kepada orang ramai untuk tontonan di Book Xcess di Lalaport selama dua minggu.
Pameran ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian: Past, Present, dan Future.
#2 Kempen Amal Kanak-kanak
Bekerjasama dengan jenama patung Barbie, seramai 550 kanak-kanak dijemput ke Book Xcess di Lalaport pada 29 dan 30 Oktober.
Dalam usaha untuk memberi inspirasi kepada generasi akan datang, kawasan permainan dan aktiviti lain akan disediakan pada acara itu untuk menggalakkan kanak-kanak berkongsi cerita imaginasi daripada Barbie.
Untuk mengumpul dana, Melinda Looi juga akan menganjurkan lelongan, dengan barangan seperti pakaian untuk Barbie daripada pertunjukan fesyen couture Melinda Looi.
Sebanyak tiga pakaian kreatif yang dicipta menggunakan bahan kitar semula Malaysia Aviation Group.
Selain itu, kanak-kanak berpeluang bermain permainan badminton bersama Datuk Wira Lee Chong Wei dan Datuk Nicole David pula menawarkan diri untuk melatih 20 kanak-kanak dari rumah yang kurang bernasib baik serta enam kereta sorong yang diubah suai oleh selebriti daripada Happikiddo, dan lain-lain.
Foto: Instagram Melinda Looi , Nazreenmusa
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Boleh Jadi Model Kalau Bersara Main Badminton" - Tampil Catwalk Macam Model, Netizen Puji Gaya Lee Zii Jia

gempak
17/08/2024
13:25 MYT
Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia berjaya memukau penonton dalam acara pertunjukan fesyen yang berlangsung di sebuah pusat beli belah di ibu negara.
Hiburan

Tampilkan Rupa & Bentuk Badan Yang Pelbagai, Penyampai Radio ERA Jadi Model Catwalk KLFW

gempak
05/08/2024
15:55 MYT
Penyampai radio ERA diberi penghormatan untuk menjadi model catwalk bagi acara Kuala Lumpur Fashion Week 2024 bertempat di perkarangan Menara Berkembar Petronas.
Gaya Hidup

"Kami Tahu Bagaimana Rasa Sakitnya Dihina..." - Precious Of Malaysia Iktiraf Bakat Pelajar IPT, Pertandingkan Di International Cultural Fashion Week!

gempak
03/08/2024
02:58 MYT
Empat IPT bertanding dalam International Cultural Fashion Week iaitu Universiti Teknologi MARA Shah Alam (UiTM Shah Alam), Taylor’s University, ESMOD Kuala Lumpur dan Kolej Komuniti Selayang
Hiburan

Comel! Anak Perempuan Muncul Di KLFW 2024, Sharifah Sakinah Menjerit Beri Sokongan

gempak
31/07/2024
12:25 MYT
Anak kepada pelakon Sharifah Sakinah iaitu Anais Adha mencuri tumpuan apabila muncul di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini.
Hiburan

Fesyen Pelik-Pelik Digayakan Selebriti, Yuna Minta Lebih Terbuka – “Kita Just Have Fun Saja, Tak Payah Nak Serius Sangat”

gempak
24/07/2024
06:25 MYT
Bercakap kepada Gempak, Yuna atau nama sebenarya Yunalis Mat Zara’ai, 38, berkata, masyarakat kini lebih terbuka dalam menilai fesyen seseorang terutamanya selebriti.