Pelakon utama drama yang baru memulakan tayangan, Syurga Itu Bukan Mudah, Anna Jobling memberikan tiga sebab perlu menonton naskhah terbabit.

BERITA TRENDING: Meerqeen Akhirnya Buka Mulut, Jawab Isu Amir Ahnaf Rampas Anna Jobling Daripadanya

Kata Anna, wataknya sebagai Aileen melibatkan banyak permainan emosi dan perasaan.

"Firstly cerita ni bukan biasa-biasa punya jalan cerita. Banyak melibatkan emosi dan perasaan setiap kali Anna bawa watak sebagai Aileen.

"Apa yang saya boleh bagitahu, cerita ni banyak naik dan turun, dramatic, dan ramai sangat pelakon yang berbakat dalam drama ni.

"Ketiganya, Eyra Rahman is the producer dan semua tahu hasil kak Eyra dalam semua karya dia. All of it are chef’s kiss!" katanya.

BERITA TRENDING: Astro Paparkan Barisan Bintang Hebat & Tawaran Eksklusif Keluarga

‘Syurga Itu Bukan Mudah’ mengisahkan tentang Aileen (Anna Jobling), wanita yang mempercayai bahawa cinta dan kesetiaan kepada suami merupakan kunci ke “Syurga”.

Dia disatukan dengan Farid (Amir Ahnaf), yang digambarkan sebagai suami yang sempurna dari segi agama dan tanggungjawab keduniaan telah mula menampakkan identitinya yang disembunyikan disebalik perwatakan yang baik.

Tingkah laku jahat Farid mengubah kehidupan perkahwinan mereka menjadi seperti “neraka” dan mendatangkan lebih banyak rintangan dan cabaran kepadanya selepas merungkai sisi gelap suaminya yang terlibat dengan sebuah kumpulan yang dipanggil ‘Alpha Male Society’.

Drama rantaian ini mengetengahkan realiti perkahwinan yang musnah akibat hubungan toksik daripada pasangan suami dan isteri dengan melibatkan jalan cerita yang menggambarkan kehidupan dua dunia berbeza di bawah satu bumbung yang sama.

Kisah ini juga diinspirasikan dari kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita tetapi jarang diketengahkan.

Namun sesuatu yang berbeza dan informatif diselit melalui drama ini yakni isu pengkhianatan, penderaan mental dan emosi pasangan perkahwinan malah sikap suami yang berlandaskan nafsu serta bersifat hipokrit turut diterjemahkan menerusi drama ini.

PILIHAN PEMBACA: Amir Ahnaf Tak 'Sailang' Anna Jobling Dari Meerqeen! - "Antara Kami Bertiga Tak Ada..."

‘Syurga Itu Bukan Mudah’ merupakan drama pertama yang menggandingkan Amir Ahnaf dan Anna Jobling bersama sebagai teraju utama di samping Fadhil Masoot dan Alya Iman.

Syurga Itu Bukan Mudah mula ditayangkan mulai 4 Disember setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (Saluran 104).

Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.