Aktor Norman Hakim akui gembira apabila pertama kali dapat digandingkan dengan pelakon Mira Filzah dalam drama terbaharu The Maid.
Norman memberitahu seronok bekerjasama dengan Mira, malah menyifatkan pelakon yang menjadi isteri keempatnya dalam drama tersebut sebagai seorang yang lurus.
“Sebelum ni kami hanya berjumpa di acara-acara hiburan sahaja dan belum pernah berlakon bersama.
“Saya gembira bila digandingakan bersama. Selama mengenalinya dia seorang yang menyeronokkan dan senang bekerjasama.
“Selain itu saya boleh sifatkan dia sebagai soerang yang lurus dan sangat ‘straight to the point’ bila berbicara.
“Saya harap kami dapat bekerjasama lagi dalam naskhah yang akan datang,” katanya lagi.
The Maid merupakan siri baharu original Gempak yang ditayangkan setiap hari Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104).
Karya yang mendapat sentuhan daripada pengarah filem pecah panggung ‘Bikers Kental’, iaitu Helmi Yusof dan terbitan oleh Michael Ang itu akan bersiaran selama setengah jam sebanyak 10 episod.
Selain Norman dan Mira Filzah, The Maid turut menampilkan pelakon-pelakon seperti Sherry Al Hadad, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Ieda Moin, Nadya Shahera, Zarina Zainoordin, pengacara Gempak TV iaitu Isha Norsham dan Siti Khadijah.
The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jayden seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jayden dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.
Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.
Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.
Siapakah dalang di sebalik kematian Elisa? Semuanya bakal dibongkar dalam drama bersiri THE MAID setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104). Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand.
Syafiqah Jalal
Mon Jan 18 2021


Rezeki Janggo, Zuzuzu & Teruna, Tarik Nafas Lega Tiada Penyingkiran
Masih ada rezeki di pentas MLS2.

Digugurkan, Na In Woo Sah Ganti Ji Soo Dalam Drama River Where The Moon Rises
Na In Woo ni yang pegang watak Byeong In dalam Mr Queen.

Kacak, Seksi & Berbakat! Sorry Oppa, Ini 5 Pelakon Drama Hong Kong Buat Awek Cair!
Fuh mesti ramai yang suka ni

Ramai Kata Bertuah ENGKU EMRAN – Semua Wanita Yang Didampingi Lawa Belaka. Lahir Bulan Terang Kot!
Gosip antara Engku Emran dan Noor Nabila ketika ini semakin bertiup kencang. Sedikit sebanyak mengingatkan netizen kepada bekas-bekas isteri beliau yang semuanya cantik A plus! Bertuah badan.

TRI.BE Kumpulan K-Pop Baru Universal Music, Padu Juga Single Pertama ‘Doom Doom Ta’ Diaorang Ni!
Boleh tahan juga lagu TRI.BE ni!

Tampil Kelainan Dengan Plot Mendebarkan, Pengarah Projek: Anchor SPM Janjikan Drama Penuh Kualiti!
Tak sabar tunggu 15 Mac ni!

Sarat Elemen Asia Tenggara Seperti Gamelan & Pencak Silat, Ini Lima Sebab Kenapa Anda Perlu Menonton Raya and The Last Dragon!
Menangis, wajib tonton!

Tentera Transgender Pertama Korea Selatan Ditemui Mati - "Ada Bau Busuk Dari Rumahnya..."
Tentera transgender pertama Korea Selatan, Byun Hui Soo dilaporkan meninggal dunia di rumahnya.

COVID-19: 2,154 Kes Baharu, Selangor Masih Negeri Paling Tinggi Kes Jangkitan Harian
Terus patuhi SOP!

“Pasangan Romantik, Cantiknya Tunku” - Raja Permaisuri Agong Kongsi Video Majlis Perkahwinan 35 Tahun lalu
Selamat ulang tahun perkahwinan ke-35 Tuanku.