,
Laman Utama

Pertama Kali Mak Jenny Tak Raya Kat Pilah, Nubhan Kena 'Extra' Beli Jiwa - "Supaya Tak Meragam Nak Balik Kampung"

Zulaikha Yusof
20/07/2021
04:15 MYT
Penyanyi Nubhan Ahmad, 35, memberitahu ibunya, Badariah Omar terpaksa akur apabila tidak dapat pulang ke di Kuala Pilah bagi menyambut Hari Raya Aidiladha.
Menurut Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Haji Ahamad berkata ini adalah kali pertama ibunya atau lebih mesra disapa Mak Jenny beraya di rumahnya di Seremban.
"Mak Jenny raya dekat Seremban.. tak boleh nak balik sebab sini PKPD.
"Ini kali pertama dia tak dapat beraya di kampung. Terpaksa la akur, tak boleh nak buat apa.
"Lagipun saya memang tak dapat nak bawa dia balik pun. Sebab itu adalah perkara yang mustahil," katanya kepada Gempak.
Sementara itu, pelantun lagu Selamat Jalan, Cinta, menyatakan dia dan Mak Jenny bersama-sama menyediakan juadah wajib bagi mewujudkan suasana ceria hari raya.
Katanya lagi, dia juga perlu menjaga hati Mak Jenny bagi mengelakkan diminta untuk dihantar pulang ke kampung.
"Bila beraya dekat rumah saya, saya cubalah untuk buat dia selesa. Orang tua mesti nak masak rendang, lemang dan ketupat macam kat kampung.
"Saya sediakan la untuk dia, sekurang-kurangnya masih merasa suasana raya. Saya kena la jaga hati dia lebih sikit, supaya tak meragam nak balik kampung," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Bestnya! Macam Pakcik-Pakcik Chinese Ajak Menyembang” - Netizen Seronok Dengar, Kagum Nubhan Fasih Berbahasa Cina

gempak
13/11/2024
12:55 MYT
Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Nubhan Ahmad mendapat perhatian netizen selepas bertutur dalam bahasa cina.
Viral

Lelaki Perempuan Bergaul Bebas, Dakwa Ada Roh Rasul Dalam Diri, Ajaran Cahaya Disekat!

gempak
05/10/2024
09:30 MYT
Mengaku di dalam dirinya ada roh kudus yang merujuk kepada roh semua rasul dan menganggap sudah mencapai darjat yang tinggi sehingga tidak perlu beribadat.
Hiburan

Berita Kematian Ibu Tersebar, Nubhan Tampil Beri Penjelasan - “Jangan Salah Sangka…”

gempak
24/09/2024
06:01 MYT
Penyanyi dan usahawan Nubhan tampil memberi penjelasan susulan penularan berita kematian seorang wanita yang dikatakan mirip ibunya, Badariah Omar atau lebih dikenali sebagai Mak Jenny.
Viral

Bakar Tangan, Diliwat & Paksa Meliwat, Penghuni Didera Penjaga Rumah Kebajikan

gempak
08/09/2024
00:55 MYT
Bakar tangan, cabut rumput sehingga penuh plastik hitam dan salah laku seksual antara bentuk penderaan yang dilakukan sebuah rumah kebajikan yang bernaung di bawah sebuah syarikat berkaitan produk Islam terkenal. Malah, ada dalam kalangan mereka menjadi mangsa liwat dan lebih malang selepas diliwat mereka pula akan dipaksa meliwat rakan lain oleh p
Berita

Sabry Sembelih 23 Ekor Lembu Korban Sehari, Simpan 39 Koleksi Parang Khas - "Paling Mahal Harganya ..."

gempak
17/06/2024
07:30 MYT
Setiap kali Aidiladha, Sabry Leman, 65, menjadi antara orang yang dicari-cari kerana kepakarannya sebagai 'tukang sembelih' lembu korban.
Unitar