Program Gegar Vaganza 2019 (GV2019) secara rasminya telah menutup tirai dengan menobatkan Naqiu Boboy dan Hady Mirza sebagai juara.

Selain persembahan memukau enam bintang GV2019, ada satu lagi persembahan yang sangat menghiburkan dan mencuri perhatian wargamaya.

Pujian harus diberikan kepada persembahan pembukaan oleh duo Nabil Ahmad dan Jihan Muse menerusi lagi Pening kerana berjaya mengamatkan seluruh Auditorium MBSA, Shah Alam.



Tahukah anda, selama 11 minggu GV201 bersiaran, inilah kali pertamanya Nabil membawakan lagu sendiri di atas pentas.

Dengan lirik yang catchy dan persembahan bertenaga, lagu berunsur humor hasil ciptaan DJ Fuzz dan WARIS betul-betul mencuit hati.



Meninjau ruangan Twitter, rata-rata wargamaya terhibur dengan persembahan pembukaan oleh dua pengacara tersohor itu.



Namun dalam ramai yang terhibur dengan persembahan Nabil dan Jihan, ada juga yang betul-betul ‘pening’ melihat gelagat bersahaja mereka berdua.


Kepada mereka yang pening melihat persembahan Nabil dah Jihan, apa kata cuba ambil Uphamol 650, satu je dah lega!

Untuk anda yang tidak berkesempatan menonton persembahan Pening Nabil dan Jihan, selamat berhibur.

Throwback sikit ke persembahan konsert akhir Gegar Vaganza 2019 oleh @nabilzira & @jihanmuse! Persembahan yang penuh bertenaga dan happening? Bagi yang belum tengok lagi, enjoy?? #uphamol650 #uphamolkanada #satujelega

A post shared by Uphamol Malaysia (@uphamol_official) on