Berita

Pertama Kali Tinggalkan Jebat, Sharnaaz Ahmad Berat Hati Nak…

gempak
Syafiqah Jalal
29/07/2020
23:00 MYT
Sponsor Banner
Pertama Kali Tinggalkan Jebat, Sharnaaz Ahmad Berat Hati Nak…
Pelakon Sharnaaz Ahmad akui berat untuk berjauhan dengan anaknya, Jebat Jayden kerana ingin pulang ke kampung halamannya di Pulau Pinang.
Sharnaaz akan pulang ke kampungnya selama tiga hari untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.
“Ini kali pertama saya tinggal dan berjauhan dengan Jebat. Saya tak tahu lah macam mana beratnya hati ni.
“Jika tidak saya akan menjenguk Jebat di rumah ibunya dua hingga tiga kali sehari dengan panggilan video lagi.
“Saya memang tidak boleh berjauhan dengan Jebat saya sentiasa nak lihat dia di depan mata walaupun seketika,” katanya kepada Astro Gempak.
Jebat merupakan satu-satunya anak Sharnaaz hasil perkahwinannya dengan bekas isteri, Noor Nabila.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 itu sah bercerai pada 7 Julai lalu.
Tambah Sharnaaz meskipun dia dan isteri sudah berpisah namun dia tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa.
“Sebagai bapa saya janji tidak akan mengabaikan anak saya dan saya akan cuba beri kasih sayang secukupnya.
“Alhamdulilah hubungan saya dan Nabila pun baik jadi saya tidak ada masalah datang melawat Jebat setiap hari,” katanya lagi.
Mengenai perkembangan lain, Sharnaaz kini menghiasi slot Megadrama Pelindung Seorang Puteri setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 28 Julai 2020 secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Drama 16 episod itu turut menampilkan pelakon seperti Lisa Surihani, Farid Kamil, PU Riz , Zain Ruffedge, Jasmine Suraya dan ramai lagi.
Drama Pelindung Seorang Puteri mengisahkan Rose lakonan Lisa Surihani yang membawa diri jauh daripada keluarga setelah difitnah kerana sering diekori oleh pengendap misteri walaupun dia sendiri sebenarnya tidak pasti akan identiti pengendap misteri tersebut.
Adakah Firdaus (lakonan Zain Hamid), bekas kekasihnya yang masih menggilainya, Saiful (lakonan Farid Kamil), rakan sepermainan yang menyukainya sejak kecil atau Hazril (lakonan Sharnaaz Ahmad), kawan baik abang kandung Rose yang dalam diam meminatinya dari jauh.
Siapakah yang akan menjadi pelindung Rose daripada terus diganggu oleh pengendap misteri tersebut? Saksikannya dalam drama Pelindung Seorang Puteri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024