Laman Utama
Pertaruh Naskhah Berkualiti, W: Two Worlds Versi Tempatan Rupanya Digarap Oleh Sutradara & Penerbit Nenek Bongkok Tiga!
Meneruskan ‘tradisi’ adaptasi drama siri Korea ke versi tempatan, platform penstriman yang popular dengan kandungan dari seluruh Asia, Viu kini mempersembahkan W: Two Worlds.
Pengurus Negara Viu Malaysia, Kingsley Warner berkata, menghasilkan siri adaptasi bukanlah satu hal yang mudah, memandangkan standard yang perlu dikekalkan mengikut citarasa penonton yang telah menyaksikan versi asal sebelum ini.
BERITA TRENDING: Akhirnya Hun Haqeem Dapat Berlakon Bersama Crush
“Viu telah membuktikan kejayaan dalam menghasilkan karya drama adaptasi berkualiti tinggi seperti Black dan She Was Pretty. Kini, kami persembahkan projek adaptasi siri W: Two Worlds pula dan ia bukanlah satu tugasan yang mudah.“Untuk mengekalkan standard seperti mana yang dikehendaki oleh penonton adalah satu cabaran. Namun, apa yang pasti, drama ini tidak akan mengecewakan peminat setia kami dan peminat K-drama lain. Kami berharap karya ini dapat menawarkan satu pengalaman yang berbeza kepada industri dan penyokong karya seni tanah air,” katanya.
W: Two Worlds menggandingkan semula duo hebat iaitu pengarah Datuk Yusry Abdul Halim dan penerbit, Zurina Ramli untuk kali ketiga dalam pembikinan Viu Original.
Sebelum ini, mereka bekerjasama bagi menjayakan She Was Pretty (2022), sebuah adaptasi drama Korea popular berjudul sama dan Nenek Bongkok Tiga yang ditayangkan pada Februari lalu.
W: Two Worlds mengisahkan tentang Izara, seorang doktor muda dan bapanya Omar, yang merupakan pelukis siri webtoon popular, W. Apabila Omar hilang tanpa jejak, pencarian Izara membawa dirinya ke dunia webtoon, di mana dia menyelamatkan nyawa watak utama webtoon tersebut iaitu Aliff.
BERITA TRENDING: “First Time Buka Baju… Saya Tayang Badan Bersebab” - Hun Haqeem
Dengan berbuat demikian, Izara mendapati dirinya ditulis ke dalam cerita, apabila webtoon itu seakan hidup dan mula berfungsi sebagai realiti yang berbeza. Aliff sedang memburu lelaki yang membunuh keluarganya sepuluh tahun lalu. Dia sedar bahawa nasib Izara dan dirinya saling berkait, tanpa menyedari bahawa dirinya adalah watak dalam sebuah webtoon. Apabila dua dunia bertembung, pelbagai situasi yang tidak dijangka timbul yang membawa kepada konflik dan kisah percintaan.Dibintangi oleh Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Faizal Hussein, Mierul Aiman, Elizabeth Tan, Tony Eusoff dan Shahkimin, siri romantik, fantasi dan thriller ini boleh mula distrim menerusi aplikasi Viu di Astro Ulti dan Ultra Box bermula 30 November lalu dengan dua episod baharu pada setiap hari Khamis minggu berikutnya.
Must-Watch Video