gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Alami Jangkitan Luka Di C-Section, Elisya Sandha Akui Tertekan Ketika Berpantang - “Sedih...Tak Boleh Duduk, Baring”
HIBURAN
Derita Emosi Lepas Cerai, Siti Jamumall Terpaksa Tipu Anak - “Dia Baru 6 Tahun, Kadang Pergi Sekolah Cikgu Tanya…”
VIRAL
Pemakaian Ketika Sertai Hyrox Dikecam, Isteri Dr Say Shazril Enggan Berbalah Isu Aurat - “Saya Tak Perlu Manusia Label Siapa…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Pertuduhan Tanam 17 Pokok Ganja Terhadap Yasin Kekal

Gempak
Gempak
22/06/2022
11:17 MYT
Sponsor Banner
Pertuduhan Tanam 17 Pokok Ganja Terhadap Yasin Kekal
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya diberitahu pada Rabu bahawa kes pendakwaan terhadap penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, 47, kekal dijalankan mengikut Seksyen 6B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah berkata, pertuduhan terhadap Yasin kerana menanam 17 pokok ganja itu kekal berdasarkan laporan kimia diterimanya pada Selasa petang. Beliau kemudiannya memohon tarikh sebutan kes daripada mahkamah untuk menyerahkan dokumen kepada pihak pembelaan.
Peguam bela yang mewakili Muhammad Yasin, Ariff Azami Hussein berkata pihaknya tiada bantahan terhadap permohonan itu dan meminta sebutan kes dibuat dua minggu dari tarikh hari ini. Hakim, Jamaluddin Man kemudian menetapkan 6 Julai nanti untuk sebutan kes.
Pada 31 Mac lalu, Yasin berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret, atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya pada 24 Mac lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan susulan pendakwaan mengikut Seksyen 39B (1)(a)ADB 1952 itu.
Muhammad Yasin juga mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengikut Seksyen 6B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6(B)(3) akta sama.
Sementara itu, Mohd Asnawi memberitahu Mahkamah Majistret, perubahan pertuduhan mengikut Seksyen 39B (1)(a) ADB 1952 atau sebaliknya terhadap penyanyi itu kerana mengedar dadah masih disiasat.
Majistret, Zhafran Rahim Hamzah, kemudian menetapkan tarikh sebutan kes sama seperti ditetapkan Jamaludin iaitu pada 6 Julai 2022.
Selain Ariff Azami, penyanyi itu turut diwakili peguam bela, Mohd Yusmadi Yusoff dan Azizul Syarimah Mat Yusoff.
Sumber: Astro Awani Kredit foto: Bernama
Topic Berkaitan
#Jenayah
#Yasin
#Kes Yasin kekal
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement