Seorang wanita bernama Nur Dhila menceritakan pengalaman ngeri dipukul oleh seorang lelaki.
Nur Dhila berkongsi memori hitam yang berlaku pada 11 Julai lalu menerusi laman Facebook miliknya.
"Masih ade lagi lelaki bacul pukul perempuan... Aku la perempuan yg kena pukul tu. Aku masih berpantang bersalin secara caesarian. Sampai sekarang perut aku rase sakit kena sentap.
"Perut aku kena RENTAP dan dia telah kotakan niat untuk MELANGGAR aku dengan kereta dia akibat tak puas hati kena tegur.
"Kejadian bermula bila pelaku membuat bising pada tarikh 11/07/2017, jam 1.05am -1.30am, ram ram kereta depan rumah (selang sebuah dari rumah aku) menyebabkan baby Aqeel menangis tak henti-henti kerana terperanjat bunyi bising dari kereta pelaku.
"Ibu mana tahan... Tengok anak dah 20 minit terkejut-kejut... Badan tersentap... Terenjat-renjat dan menangis tak henti sebab terkejut.
"Aku pun tegur 2 kali dari perkarangan rumah, tapi pelaku mcm tak puas hati malah dia menjadi-jadi ram kereta dengan lebih kuat tak henti-henti.
"Setelah 20 minit berlanjutan bising dan baby Aqeel menangis makin ligat sebab terkejut... Aku pun keluar rumah untuk TEGUR SECARA BAIK... Suruh dia settle cara baik kalau ada problem dengan jiran aku dan bukan dengan cara buat bising malam-malam buta... Malangnya pelaku MEMANTUL dan memaki hamun aku... Mencarut jangan cakap lah. Cara cakap macam orang lalok aje..
"Akibat keadaan menjadi tegang dan dia ugut-ugut aku, aku pun rekod perbuatan pelaku... Akibat tidak puas hati, pelaku cuba nak rampas handphone aku... Tak dapat rampas, dia RENTAP PERUT AKU dan cakap nak langgar aku dan dia dh lin telah melaksanakan niat untuk LANGGAR aku. Nasib aku dengan kain dah terbukak (sempat tarik kain) berundur lari ke belakang... Kalau tak elak... Mau kalau tak ke hospital... Innalillah dah aku...
"Dia juga ugut untuk mencederakan aku kelak. Jiran aku (yang pelaku ram ram depan rumah) boleh kata "tak dengar" aku menjerit minta tolong... Padahal achi rumah hujung boleh dengar bising-bising kat luar.
"Biar video dan report yang aku buat menjelaskan keadaan.
"Baru balik buat pemeriksaan perubatan. Perut aku masih senak kena sentap... Hari ni bentan seharian.. Sebab kejadian tak guna ni... Hari ni jalan tunduk pegang perut aku di buatnya. Sigh.
"#PDRM
#polisdirajamalaysia #tolongsaya
#saudarasiapasilamengaku
#kalaukenalsilaPM
#xdeniatlainselainuntukorangtahukalauape2jadipadaakudankeluarga... ni lah puncanya," tulis Nur Dhila.
Nur Dhila turut berkongsi dua video bukti dirinya menjadi mangsa kekasaran bersama empat keping foto termasuk foto salinan laporan polis dalam entri Facebook tersebut.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Kamaruddin Razal
Wed Jul 12 2017
Beli Tali Skipping LV Harga RM4,000, Netizen Impressed DSV Fasih Berbahasa Mandarin
Sepotong video memaparkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) sedang membeli-belah di sebuah kedai jenama mewah Louis Vuitton (LV) berjaya mencuri perhatian netizen baru-baru ini.
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem IF (Imaginary Friends)
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
Atta Halilintar Pernah Jual Kad Sim Di Pasar Seni - “Ketika Itu Kewangan Keluarga Tidak Begitu Baik…”
Atta kongsi pengalaman mencari rezeki di Kuala Lumpur.
"Saya Tak Boleh Beri Sebarang Kenyataan" - Sarah Yasmine Terima Perintah Mahkamah Dari Aliff Aziz
Wanita yang dikaitkan dengan artis sensasi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menjelaskan dirinya tidak dibenarkan mengeluar sebarang kenyataan berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini selepas menerima perintah mahkamah baru-baru ini.
Isu Cerai, Bekas Suami Irma Hasmie Perjelas Tiada Unsur Orang Ketiga
Bekas suami pelakon, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan mendedahkan perceraian antara mereka adalah atas keputusan bersama. "Keputusan secara bersama ini dibuat selepas perbincangan serius diadakan beberapa kali dengan mengambil kira semua pandangan dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah. Perkara penting adalah untuk kerjasama
Didakwa Sudah Tiada Job, Rusdi Ramli Akui Satu Dunia Takut Dengan Netizen Malaysia
Sebagai salah seorang pelaku seni yang sudah lama bergelumang dengan industri, Rusdi Ramli mengaku ‘suasana’ dunia hiburan sekarang sudah banyak berubah.
Terima Aduan Berkaitan Kontroversi Aliff Aziz, SKMM Bakal Buat Siasatan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima aduan mengenai tindakan berterusan individu tertentu 'membuka aib' membabitkan hal peribadi selebriti kontroversi, Aliff Aziz di media sosial. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pihak berkenaan perlu meneliti aduan terbabit sebelum mengambil sebarang tindakan sewajarnya mengi
The Experts, Filem Aksi Heist Yang Dinantikan 2024! Penonton Teruja Tengok ‘Trailer’ - “Pergh Dah Setandingan American Heist Movies”
Tak sabar nak tengok!
“Saya Tidak Pernah Rasa Semak Dengan Netizen” - Sharifah Sakinah
Sakinah tak gaduh dengan netizen.
Nabil Ahmad Kongsi Sisi Lain Aliff Aziz Ketika Sama-Sama Sertai Jemaah Tabligh - “Dia Tak Pernah Tinggal Solat Tahajud”
Pernah bersama-sama mengikuti jemaah tabligh sekitar 2020, pengacara Nabil Ahmad berkongsi sisi lain penyanyi Aliff Aziz yang tidak diketahui umum.