Laman Utama

Pesan Nasi Ayam, Tapi Dapat Lauk Tikus ‘Celup Tepung’

gempak
Azwa Rahman
02/08/2022
01:38 MYT
Sponsor Banner
Pesan Nasi Ayam, Tapi Dapat Lauk Tikus ‘Celup Tepung’
Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita yang memesan nasi ayam rangup sebaliknya mendapat lauk tikus goreng.
Memetik laporan daripada Suara.com, kejadian yang berlaku di Jakarta itu dimuat naik dalam akaun Instagram @undercover.id.
Menerusi perkongsian itu lagi, wanita terbabit memesan set nasi ayam rangup di sebuah restoran.
Dia kemudian membawa pulang makanan itu untuk dimakan di rumah.
Akan tetapi, ketika ingin memakannya, dia mendapati bahagian lauk ayam dalam hidangan itu mempunyai ekor yang panjang dan berwarna hitam.
Bukan itu sahaja, bentuknya juga seperti seekor tikus.
Dalam pada itu, wanita itu mendapati tekstur lauk itu agak keras dan tidak menyerupai daging ayam. Dia kemudian memanggil ibunya untuk memaklumkan perkara tersebut.
Sementara itu di ruangan komen, ia dihujani hampir ribuan komen daripada wargamaya.
“Kenapa dia masih berani pegang,” tanya seorang wargamaya.
“Jadi malas nak beli makanan di luar,” ujar seorang wargamaya.
“Saya seorang peniaga ayam. Tapi saya bingung itu daging di bahagian mana,” kata seorang wargamaya.
“Anjirrr! Merinding aku dibuatnya,” tulis seorang wargamaya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024