Laman Utama

Peserta Ceria Popstar Xtra Menangis Kena Marah Mas Idayu, Ini Sebenarnya Yang Berlaku

gempak
Shahrin Zulkifle
01/07/2022
08:30 MYT
Sponsor Banner
Peserta Ceria Popstar Xtra Menangis Kena Marah Mas Idayu, Ini Sebenarnya Yang Berlaku
Tindakan penyanyi dangdut negara, Mas Idayu memarahi seorang peserta rancangan Ceria Popstar Xtra yang dikenali sebagai Dhiya malam tadi mendapat keceman wargamanya.
Mas Idayu yang bertindak selaku juri tetap rancangan itu menegur nyanyian Dhiya yang kurang menjadi dan melakukan banyak kesalahan dalam nyanyian.
“Awak menari tadi semuanya ok, tapi ini pentas nyanyian!
“Awak kena menyanyi, jangan sesuka hati nak buat perkara lain sehingga nyanyian awak rosak!” tegas Mas Idayu.
Klip yang dimuat naik di akuan Tiktok rasmi Meletop itu telah dibanjiri komen wargamaya yang mengecam tindakan penyanyi itu.
“Kenapa Mas Idayu yang jadi juri ceria popstar ni, tak sesuai lah.
“Tak sesuai nak marah-marah maacm tu pada budak-budak.
“Mas Idayu harus lebih profesional, boleh tegur tetapi jangan sehingga menengking.
“Aku boleh faham perasaan budak tu bila kena marah depan orang ramai,” antara komen wargamaya.
Namun, perkara yang sebenarnya bukan seperti yang diperkatakan, video yang dimuat naik itu hanyalah sebahagian dari lakonan yang dirancang oleh produksi dan tidak menggambarkan situasi sebenar di atas pentas.
Namun dengan sikap profesional, Mas idayu tidak melenting sebaliknya memuji bakat lakonan Dhiya menerusi satu hantaran di Instagramnya.
“Ni ke yang netizen bengang sangat sampai carut tak tentu pasal.
“Ala pecah lubang, heheh pandai dia berlakon. Cepat je dia menangis hahah,” tulis Idayu pada kapsyen.
​Dalam klip pendek yang tular di media sosial itu, Mas Idayu berdiri sambil memarahi Dhiya yang mengabaikan soal vokal berbanding tarian dalam lagu Teman (Iman Troye). Dhiya tidak semena-mena terus menitiskan air mata sejurus ditengking oleh Mas Idayu.
Konsert Ceria Popstar Xtra 2022 membuka tirainya secara rasmi pada Rabu lalu dengan menyaksikan seramai 10 bakat cilik yang bertanding merebut gelaran juara.
Selain Mas Idayu, dua lagi juri tetap iaitu Johan bersama CX akan mengadili peserta selama 10 minggu. Manakala Nabil Ahmad dan Elly Mazlien memikul tugas selaku pengacara utama rancangan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live