,
Tempatan

PETRONAS Auto Expert berkembang pesat di Lembah Klang

Erywan
14/11/2019
09:08 MYT
PETRONAS Auto Expert, pusat servis automotif yang dibangunkan oleh PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMMSB) dilancarkan pada April lalu semakin berkembang pesat sejajar dengan pelan pembangunan yang di rancang pihak syarikat pengeluar petroleum negara itu.
Setakat November 2019, sebanyak tujuh cawangan sudah beroperasi sepenuhnya. Bagaimanapun, Fasa 1 projek berkenaan masih menumpukan kawasan Lembah Klang sebagai perintis dan berhasrat mengembangkannya ke seluruh negara pada masa terdekat. Setakat ini sambutan terhadap PETRONAS Auto Expert sangat memberangsangkan dan sekali gus menyumbang kepada pertambahan jualan minyak pelincir kereta, PETRONAS Syntium yang menjadi produk utama keluaran PLMMSB.
Pengusaha kepada tiga cawangan PETRONAS Auto Expert, Muhamad Eezam Masripan berkata, PETRONAS sangat membantu di dalam pelan jangka panjang dalam bidang servis automotif. Menurutnya, jualan syarikatnya melonjak sebanyak lebih 120 peratus berbanding sebelum PETRONAS Auto Expert, menjadi jenama utama pusat servis kami di Shah Alam.
“Maklum balas dari pelanggan sedia ada dan baru memberi indikasi yang konsep pusat servis PETRONAS Auto Expert ini berdaya saing serta berpotensi untuk berkembang maju. “Tunjuk ajar dan kerjasama dari pasukan projek khas Auto Expert di PLMMSB sangat membantu kami,” katanya.
Di PETRONAS Auto Expert, pelanggan dijamin akan menerima perhatian sepenuhnya dari pakar mekanik terlatih serta menggunakan alat teknologi terkini dari awal diagnosis, penukaran minyak pelincir, pemeriksaan brek dan sebagainya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Anmum