gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Tak Tahu Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar Antara Alasan Popular - JPJ
BERITA
Lelaki 75 Tahun Mahu Cerai Isteri Kerana Jatuh Cinta Dengan Wanita AI
VIRAL
Ustazah Asma’ Harun Tegur Trend S-Line, Menggigil Baca Ramai Buka Aib - “Nampak Seperti Gurauan, Hakikatnya Bawa Kerosakkan Akhlak & Maruah”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Petugas Media Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Mulai Esok

Gempak
Gempak
07/06/2021
23:15 MYT
Sponsor Banner
Petugas Media Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Mulai Esok
Para petugas media yang telah mendaftar dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan mula menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 mulai esok.
Memetik laporan Bernama, perkara itu diperkatakan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.
Menurut beliau, janji temu bagi tujuan vaksinasi mula diterima petugas media mulai semalam.
"Ada dalam kalangan mereka mula menerima tarikh janji temu vaksin hari ini (semalam). Jadi, suntikan itu akan mula dilaksana pada Rabu.
"Jumlah penerima vaksin dalam kalangan petugas media bagaimanapun belum diputuskan lagi dan kami masih menelitinya," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Isnin.
Mei lalu, Khairy memaklumkan lebih 5,000 petugas media akan menerima tarikh janji temu vaksinasi mulai bulan ini.
Ditanya tentang isu segelintir warga emas dikatakan enggan menerima vaksin COVID-19 AstraZeneca, beliau menyarankan agar mereka tidak memilih jenis vaksin.
"Untuk yang tidak hadir pada janji temu ditetapkan, mereka akan mendapat janji temu lain namun perlu diingatkan mereka masih tidak boleh memilih vaksin misalnya mahukan Pfizer. Kami tak boleh menjanjikannya. Jadi nasihat saya, supaya ambillah sebarang jenis vaksin yang ditawarkan," katanya lagi.
Kredit Foto: AWANI
Topic Berkaitan
#Vaksin
#COVID-19
#Petugas Media
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement