Laman Utama

“Pihak Sana Masih Dalam Siasatan Atas Kesalahan Persetubuhan Luar Nikah” - Puteri Sarah

gempak
Mya Amri
21/03/2023
10:53 MYT
Sponsor Banner
“Pihak Sana Masih Dalam Siasatan Atas Kesalahan Persetubuhan Luar Nikah” - Puteri Sarah
Pelakon, Puteri Sarah tampil mempersoalkan tindakan suaminya, pengarah, Syamsul Yusof yang baharu memfailkan permohonan nusyuz selepas empat tahun berdepan kemelut rumah tangga.
Yakin berada di pihak yang benar, Puteri Sarah memaklumkan dia tidak gentar dengan permohonan yang dituntut Syamsul.
“Pihak saya merasa pelik kenapa tuntutan ini dibuat hanya pada waktu sekarang sedangkan masalah rumahtangga ini telah berlaku hampir empat tahun yang lalu. Ini membuatkan pihak saya tertanya-tanya apakah tujuan dan motif tuntutan ini dibuat.
“Saya yakin saya di pihak yang benar dan tidak gentar untuk menghadapi tuduhan dan tuntutan yang terbaharu ini. Suka untuk saya ingatkan bahawa pihak di sebelah sana masih dalam siasatan di bawah AKTA 559, AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH di bawah seksyen 23: Persetubuhan Luar nikah.
“Dalam pengetahuan saya, mereka sudah dipanggil untuk memberi keterangan dan sedang menunggu tindakan lanjut daripada pihak mahkamah,” jelasnya dalam satu kenyataan kepada media.
Dalam pada itu, Puteri Sarah juga memohon agar orang ramai dapat mendoakan perjuangan dan urusannya dipermudahkan.
“Saya merasa pelik dan hairan mengenai tuntutan Nusyuz ini, seolah-olah saya yang memulakan kemelut rumahtangga ini. Saya berdoa dan berharap Insha-Allah segala kebenaran akan ditunjukkan.
“Mohon didoakan segala urusan saya dipermudahkan. Doakan saya dan anak-anak untuk sentiasa kuat,” ujarnya.
Terdahulu Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, hari ini.
Antara alasan yang dikemukakan adalah dakwaan terhadap Puteri Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga merupakan suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.
Untuk info, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024