HIBURAN
Pija Gembira Jika ‘Sabar, Kenapa Tak Sabar’ Jadi Audio Evergreen - “Sebab Saya Rasa Ramai Orang Boleh…”
Pempengaruh, Pija tidak menolak sekiranya audio ‘Sabar,Kenapa Tak Sabar’ menjadi satu audio yang malar segar.
Katanya dia sangat gembira, jika audio yang tular sekitar tahun 2024 itu sering digunakan oleh netizen lebih-lebih lagi sewaktu bulan ramadan.
“Kalau audio itu jadi satu audio yang evergreen sudah tentu saya gembira.
“Sebab saya rasa ramai yang boleh relate dengan audio itu lebih-lebih lagi bulan puasa. Jadi kalau orang nak kata audio itu sebagai audio yang evergreen sudah tentu saya gembira,” katanya kepada Gempak.
Pada masa sama, pemilik nama Nurul Hafizah,25, juga meluahkan rasa terharu apabila netizen mengelarkannya sebagai ‘Queen of Audio’.
Bagaimanapun menurut usahawan muda itu, kebanyakan audionya yang tular adalah kerana netizen merasa dekat dengan situasi serta audio yang diungkapkannya secara spontan itu. “Saya pun terkejut, entah macam mana mereka panggil saya macam tu tapi sebenarnya mereka yang pandai menggunakan audio itu.
“Kalau mereka saya audio ini boleh dijadikan sound jadikanlah. Mungkin apa yang saya cakap ini boleh anda boleh terima dan relate ambillah,” tambahnya.
Terdahulu, Pija menyatakan bahawa dia tidak merancang untuk sebarang kandungan di sosial media.
Katanya, audio yang dikeluarkan itu merupakan rakaman harian dirinya sahaja.
Must-Watch Video