Laman Utama

Pilih Bilal Habibi, Ramai Puji Nama Anak Fitri Haris Indah! Ini Rupanya Maksud…

gempak
Mya Amri
07/07/2021
00:49 MYT
Sponsor Banner
Pilih Bilal Habibi, Ramai Puji Nama Anak Fitri Haris Indah! Ini Rupanya Maksud…
Penyanyi nasyid, Fitri Haris mengucapkan rasa syukur kerana dikurniakan nikmat cahaya mata selepas berkahwin dengan isteri kesayangannya, Fazilah Omar.
Bukan itu sahaja, Fitri juga mendedahkan wajah dan juga nama putera sulung mereka iaitu Bilal Habibi yang membawa maksud ‘Bilal Kekasihku’.
“Alhamdulillah… Syukur pada yang maha Agung. Terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan kebaikan buat isteri saya @el_mrsfitri dan anakanda selepas 17 tahun (saya) dan 10 tahun (isteri).
“Pohon doa dari semua buat anakanda saya agar menjadi seorang hamba Allah yang bertaqwa dan menjadi penyambung syi’ar dan sunnah baginda Rasul Allah yang maha Agung
“Bismillah… Saya perkenalkan anakanda kami yang bernama Bilal Habibi bin Mohamad Fitri yang membawa maksud “Bilal Kekasihku”
“Pilihan nama ini ilham dari-Nya, ketika mana saya bertugas menjadi seorang mutawwif membawa para jemaah mengenali kisah sirah para Anbiaya’.
“Kisah Bilal sangat meruntun hati saya dan cinta Bilal kepada baginda Muhammad S.A.W sangatlah agung dan suci,” tulisnya.
Dalam pada itu, Fitri juga berharap agar anaknya dapat menggunakan suaranya ke arah kebaikan seperti melaungkan azan.
“Semoga jika ada darah dan air suara seperti Abi, moga Bilal dapat menggunakan suara sehebat Bilal melaungkan Azan dan menyebarkan perintah Allah melalui suara yang di berikan. Pohon doa agar Bilal terus kuat dalam agama Allah, Islam yang suci.
“Kepada-Nya saya dan Isteri berserah memohon kekuatan dalam bukan sahaja menjaga dan membesarkan tetapi mendidik dengan penuh kesabaran mengenal agama Allah. Ameen,” coretnya.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata pengikutnya menyukai pilihan nama indah itu beserta maksudnya yang begitu cantik.
“SubhanaAllah... Hebat nama kamu… Semoga kamu jadi seorang khalifah yang hebat untuk agama seperti nama Kamu. Anak yang soleh dan baik untuk abi dan mama kamu,” komen @mujahidah_nur92
“MashaAllah indahnya nama secantik paras anak… Mabruk jiddan. Allahumma faqqihhu fiddin wa'allimhu takwil,” coret @hanimirsyada_28
“MasyaAllah… Comelnya Bilal Habibi. Moga jadi setenang abinya dan sekuat umminya. Cantik sungguh nama diberi. Tahniah Dr. @fitriharisofficial & selamat berpantang buat kak @el_mrsfitri,” tulis @sitifatimahmeor
BACA: Syukur Isteri Selamat Bersalin, Fitri Haris Mohon Doa – “Baby Ada Masalah Pernafasan”
Untuk info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Disember 2019, sekali gus menamatkan status mereka sebagai bapa dan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata.
Fitri menerusi perkahwinan terdahulu memiliki seorang anak perempuan, Sofea Soleha manakala Fazilah pula merupakan ibu kepada seorang anak lelaki, Qhalish Rayyan Adam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live