Satu hantaran di aplikasi TikTok mencuri tumpuan wargamaya apabila seorang wanita terperangkap dalam bilik semasa hari pertunangannya.

"Masa nak keluar sarung cincin lah pintu buat hal tak boleh buka...

Dalam hantaran tersebut, dapat dilihat beberapa orang lelaki yang dipercayai ahli keluarga wanita itu cuba membuka pintu dari luar.

"Masa nak keluar sarung cincin lah pintu buat hal tak boleh buka. Macam mana lah kita tak cemas, terima kasih kepada keluarga dan saudara mara yang banyak tolong," tulis wanita itu di ruangan kapsyen.
@ngionggggg time nak keluar sarung cincin lah pintu buat hal tak boleh bukak? macam mana kita ni tak shikhakshok ? thankyou family& sedara mara yg byk tlg ❤️?#engagement ♬ Shik Shak Shok - Hassan Abu El So'oud

Netizen Berseloroh

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh tentang kejadian yang berlaku.

"Pintu tak restu ke macam mana ni?"

"Selit je cincin bawah pintu, sarung sendiri,"

"Awal sangat ujian bertunang,"

"Pintu tu berat nak lepaskan tuan dia."

BERITA TRENDING: Netizen Mula Muak Dengan Content Wajah ‘Selenga’ Suami? Ain Edruce Beri Penjelasan: “Muka Itu Lah Yang Buat Saya Jatuh Cinta”

Sementara itu, dalam hantaran lain yang dibuat oleh wanita itu, difahamkan dirinya berjaya keluar daripada bilik tersebut selepas 20 minit terperangkap.

"Alhamdulillah berjaya juga sarung cincin lepas 20 minit panik," katanya.
@ngionggggg Replying to @nomorefatin. alhamdulillah berjaya jugak sarung cincin lepas 20 minit panik?? no more #shikshakshok ♬ Thank You Allah - Maher Zain

Setakat artikel ini ditulis, posting itu meraih hampir dua juta tontonan di aplikasi TikTok.

Sumber: TikTok