Laman Utama
"PKP Ni Mangsa Dicari Sana Sini!" - Syed Ali Kongsi Pengalaman Duit Melayang Ditipu Scammer
Pelakon Syed Ali berkongsi pengalaman ditipu penjual barangan online atau scammer.
Menurut Syed Ali, ia merupakan kali pertama dia ditipu scammer dan setelah membuat pembayaran, akaun Facebook dan Whatsapp miliknya disekat oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu.
Meskipun demikian, Syed Ali reda lalu menasihati orang ramai untuk berhati-hati dan mengambil pengajaran.
"Siapa pernah kena scam? Abang first time kena semalam! Beli barang online, lepas transfer duit, FB dan Whatsapp kena block, melayang $$$ Abang semalam...
"Hati-hati tau, masa PKP ni, mangsa dicari sana sini, abang dah jadi mangsa.
"Reda je lah wei! duit jadi darah daging pada si penipu, nikmat menipu itu lebih sedap dari yang halal, pengajaran untuk saya dan semua," tulisnya di Instagram.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Syed Ali meninggalkan respon berbeza.
Ramai juga yang berkongsi pengalaman mereka berhadapan scammer dalam penjualan barang secara online.
Apapun, sebelum membuat sebarang pembelian, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dan cuba memastikan kesahihan akaun (di media sosial) atau maklumat pihak penjual terlebih dahulu.
Must-Watch Video