Kerajaan mengambil keputusan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 9 November.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin.

"Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor selama 14 hari lagi.

"Bermula 27 Oktober hingga 9 November. SOP adalah berdasarkan SOP yang telah diumumkan sebelum ini," katanya.

Hal ini berikutan masih terdapat kawasan-kawasan yang berisiko tinggi jangkitan COVID-19 di lokasi tersebut.