Laman Utama

PKPB Mungkin Tamat Lebih Awal

Azwa Rahman
16/11/2020
15:10 MYT
Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberikan bayangan akan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan lebih awal.
Menerusi laman sosial Instagram rasmi MKN, tempoh PKPB yang bersisa lagi dua minggu boleh ditamatkan lebih awal jika penilaian risiko jangkitan COVID-19 di kebanyakan negeri berkurangan.
Minggu lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tempoh pelaksanaan PKPB di negeri terbabit sehingga 6 Disember ini boleh dipendekkan jika lekuk penularan COVID-19 mampu diratakan.
Semalam, sebanyak 1,208 kes positif baharu jangkitan COVID-19 dan tiga kematian termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dilaporkan.
Sabah mencatatkan 381 kes daripada keseluruhan kes manakala Lembah Klang mencatatkan 661 kes iaitu Kuala Lumpur dengan 475 kes dan Selangor sebanyak 185 kes.
Negeri Sembilan pula mencatatkan 48 kes, Perak (21), Pulau Pinang (42), Labuan (30), Johor (9), Kedah (8), Sarawak (4), Melaka (2), Kelantan dan Perlis masing-masing satu kes.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.
Hiburan

Syukur Sembuh Covid Kali Ketiga, Che Ta Belum Rancang Nak Sambung Rai Anniversary Kahwin - “Tak Ada Mood Nak Buat”

gempak
08/01/2024
07:55 MYT
Terbantut Che Ta nak sambut anniversary dengan suami.