Berita
“Please Go Away From Your Husband, Tak Berbaloi…”- Netizen Minta Bella Astilah Tinggalkan Aliff Aziz
Netizen minta Bella Astilah meninggalkan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz selepas kecoh dan tersebarnya foto memaparkan aksi mesra tanpa baju mirip suaminya bersama seorang gadis.
Foto swafoto yang dipercayai dirakamkan oleh gadis bernama Nismel itu telah disebarkan oleh rakan baiknya yang dikenali sebagai Manja ekoran perselisihan faham mengenai hutang.
Ruangan komen Instagram (IG) Bella dihujani pelbagai komen yang mana rata-rata meminta agarnya tidak lagi bersama Aliff dan mencari kehidupan yang baru lebih baik.
Menurut netizen, Bella layak untuk bersama lelaki yang lebih baik.
Namun terdapat peminat yang menasihatkan Bella supaya bersabar dan berfikir secaa rasional sebelum membuat keputusan kerana mereka kini mempunyai anak bersama.
Bella bagaimanapun mendiamkan diri, tiada entri yang dikemaskini di IG, malah tidak memblasa mana-mana komen yang diberikan kepadanya.
Ini bukan kali pertama Aliff didakwa berlaku curang, terdahulu rumah tangga diduga selepas Aliff dikatakan menjalinkan hubungan terlarang bersama pelakon Oktovia Manrose.
Must-Watch Video