Nusantara
#PMTepiKakGee; Aidilfitri Bakal Menjelma, Gadis Tak Rasa Gembira
SOALAN
Kak Gee, saya cuma nak cakap. Kalau dihitung, sekitar 9 hari lagi nak raya. Tapi jujur saya katakan, saya tidak rasa gembira bahkan berasa sedih walaupun dapat raya dengan famili.
Yang Benar,
Si gadis
JAWAPAN
Hai adik. Izinkan Kak Gee panggil adik Gadis Raya ya. Kak Gee harap adik sihat dan membaca apa nasihat yang diberikan kepada adik dengan lapang dada dan positif ya.
Adik Gadis Raya, sesungguhnya Kak Gee rasa adalah satu kerugian besar untuk adik berasa tak gembira dan sedih untuk menyambut Aidilfitri. Ini adalah bulan kemenangan adik.
Bulan yang ditunggu oleh banyak umat Islam di seluruh dunia. Bulan untuk merayakan ia bersama keluarga dan sanak saudara.
Dan adik seharusnya bersyukur juga gembira kerana tahun ini Insya Allah akan dapat sekali lagi menyambut hari raya bersama famili atau keluarga.
Kak Gee minta maaf mungkin apa yang Kak Gee perkatakan di atas menyinggung perasaan adik Gadis Raya.
Tapi adik percayalah, jangan ada perasaan tak gembira apa lagi sedih untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga.
Sebabnya ada banyak orang di luar sana yang sudah tidak mempunyai ibu atau bapa atau ahli keluarga lainnya untuk mereka kongsikan menyambut hari raya bersama sama.
Di luar sana juga banyak orang nak bergembira di hari raya tapi mereka tak punya semua kesempatan itu.
Kalau boleh mereka putarkan masa, Kak Gee percaya semua orang yang sudah kehilangan ahli keluarga mahu merayakan Aidilfitri bersama mereka.
Jadi sekarang Kak Gee nak minta adik Gadis Raya lakukan satu perkara iaitu muhasabah diri. Bermula hari ini, cakap kepada diri sendiri 'aku akan gembira dan tak sabar nak sambut raya dengan famili sebab aku tak tahu bila lagi aku ada kesempatan ini.'
Jika mungkin adik Gadis Raya adalah perselisihan dan masalah dengan keluarga yang tidak adik kongsikan bersama Kak Gee, hari raya yang bakal tiba inilah waktu terbaik untuk memulihkan keadaan yang telah terjadi.
Ambil kesempatan di hari raya untuk saling bermaafan dan memaafkan. Mulakan sesuatu yang baru dengan perasaan yang lebih baik.
Buangkan semua perasaan buruk dan tak sedap dalam diri supaya ia tidak menganggu emosi dan kehidupan adik di hadapan.
Akhir kata Kak Gee doakan supaya adik gembira. Sempena Aidilfitri pun hampir tiba, Kak Gee mohon maaf sekali lagi kalau nasihat Kak Gee ini bukanlah apa yang adik inginkan.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Itu permasalahan Gadis Raya, bagaimana pula dengan keluarga Narendra? Jangan lupa saksikan Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) bermula 23 April di Astro First saluran 480 dan On Demand.
NKCTHI menceritakan tentang kehidupan keluarga Narendra yang mempunyai tiga orang anak iaitu Angkasa, Aurora dan Awan.
Filem popular Indonesia ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Apapun, jangan lupa untuk menyaksikan NKCTHI di Astro First saluran 480 dan On Demand bermula 23 April.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video