Soalan:

Salam Kak Gee. Panggil saya Ryn. Saya ringkaskan cerita saya, ya. Saya dah hampir setahun bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga hujung tahun ni, Insya-Allah. Semuanya okay. Perkara kecil-kecil tu biasalah. Kami berdua tak gaduh panjang pun.

Minggu lalu lepas bincang pasal majlis kahwin dengan keluarga sebab Covid ni, masa nak balik dia ada tarik saya ke tepi. Kami berbual-bual sekejap. Lepas tu dia tanya dan minta saya jawap dengan jujur sama ada saya masih dara atau tidak. Saya mampu angguk kepala saja.

Malu sebenarnya saya nak cerita, tapi saya perlukan nasihat Kak Gee. Dulu lepas habis STPM saya ada lepak dan tidur rumah kawan perempuan saya. Masa tu kami bertiga. Malam tu kawan saya ada keluarkan satu alat yang macam alat sulit lelaki. Kami semua cuba. Alah, malunya saya nak cerita.

Perkara tu dah 5 tahun berlalu, tapi saya tak pasti benda tu buat saya hilang dara atau tidak. Saya tak nak menipu bakal suami saya. Tolong Kak Gee bagi pencerahan pada saya.

Ryn



Jawapan:

Waalaikumussalam Ryn. Bila Kak Gee baca tentang masalah Ryn, secara ringkasnya Kak Gee sudah tahu jawapan untuk apa yang Ryn alami. Biasalah, darah muda. Ada saja benda-benda yang kita nak cuba.

Apa yang Kak Gee nak beritahu Ryn adalah perkara tersebut tidak bermakna Ryn hilang dara. Lelaki pun ada cara mereka tersendiri untuk melepaskan 'niat' secara berseorangan.

Ryn tak perlu risau dengan perkara yang dah berlaku lima tahun lalu. Ryn masih lagi dara dan perlakuan sekali itu tidak menjejaskan Ryn. Memberitahu bakal suami Ryn bahawa Ryn masih dara adalah perkara yang benar dan tidak ada sifat penipuan di situ. Jadi jangan bimbang.

Kak Gee doakan semoga majlis perkahwinan Rynn yang bakal diadakan hujung tahun nanti akan berjalan dengan lancar. Apa-apapun pastikan semuanya selamat dalam keadaan kita menghadapi wabak Covid-19 ini.

Sekali lagi Kak Gee nak tegaskan bahawa Ryn masih dara dan tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Salam sayang daripada Kak Gee!

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!