Berita

#PMTepiKakGee Bersama Dr. Maiza – Ibu Mertua Salahkan Isteri Asyik Hamil Anak Perempuan

gempak
Kak Gee
24/07/2020
10:18 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee Bersama Dr. Maiza – Ibu Mertua Salahkan Isteri Asyik Hamil Anak Perempuan
Soalan:
Assalamualaikum, saya seorang suri rumah dan saya sudah tujuh tahun berkahwin. Saya mempunyai empat orang anak dan kesemuanya perempuan. Rumah tangga saya tiada masalah dan suami saya seorang yang sangat penyanyang.
Cuma saya tertekan memikirkan sikap ibu mertua yang asyik menyalahkan saya kerana tidak dapat memberikannya cucu lelaki. Suami saya anak pertama dan adiknya masih belajar dan belum berkahwin.
Ibu mertua saya mengharapkan cucu lelaki dan dia memberi saya pelbagai petua agar saya dapat menimang cahaya mata lelaki. Namun semuanya tidak menjadi sehinggalah saya lahirkan anak perempuan keempat.
Dia mula bermasam muka dengan saya hanya kerana saya tidak dapat memberinya cucu lelaki. Saya buntu, mengapa dalam hal ini saya sahaja yang dipersalahkan? Adakah saya seorang sahaja yang boleh menjadi penentu jantina anak?
Fadhilah
Jawapan:
Waalaikumsalam, terima kasih kerana sudi bertanyakan soalan pada Kak Gee. Kak Gee bersimpati dengan nasib Fadhilah.
Pertama sekali Kak Gee ingin mengucapkan tahniah kerana Fadhilah sangat beruntung kerana mempunyai keluarga yang bahagia di samping empat orang anak. Bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya Fadhilah tiada masalah untuk hamil dan berpeluang menimang cahaya mata.
Mengenai permintaan ibu mertua Fadhilah yang menginginkan cucu lelaki itu, rasanya ia agak melampau kerana saya pasti Fadhilah sudah berusaha dan itu semua ketentuan Tuhan.
Berfikir baik sahajalah, mungkin dia terlalu mengikut perasaaan dan tidak mengetahui sebenarnya bukan isteri sahaja menjadi penentu jantina anak.
Percayalah, apa sahaja perancangan dari Allah itu yang terbaik buat kita.
Namun tak usah bimbang, bagi menjawab lebih jelas soalan Fadhilah ini lebih baik Kak Gee serahkannya kepada yang lebih arif dalam bidang ini iaitu doktor bahagian Pakar Perbidanan, Sakit Puan & Infertiliti, Dr. Maiza Tusimin.
Sila rujuk video di bawah:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live