Berita

#PMTepiKakGee Bersama Dr. Maiza – Mertua Inginkan Cucu Kembar

gempak
Kak Gee
17/07/2020
07:23 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee Bersama Dr. Maiza – Mertua Inginkan Cucu Kembar
Soalan:
Assalamualaikum, saya sudah lima tahun berkahwin dan mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan. Saya dan suami hidup bahagia. Suami merupakan anak tunggal. Namun sejak saya lahirkan anak pertama, ibu mertua saya beberapa kali menyatakan hasrat menginginkan cucu kembar.
Dia berharap mahu menimang cucu kembar dari kami kerana keluarganya mempunyai keturunan kembar. Jadi dia merasakan ia peluang yang tinggi untuk saya juga lahirkan anak kembar. Apa saya nak buat? Saya bimbang jika saya rancang kehamilan ketiga nanti ia tidak berhasil. Adakah cara untuk saya hamil kembar?
Sharifah
Jawapan:
Waalaikumsalam, terima kasih kerana sudi bertanyakan soalan pada Kak Gee. Kak Gee bersimpati dengan nasib Sharifah.
Pertama sekali Kak Gee ingin mengucapkan tahniah kerana Sharifah mempunyai keluarga yang bahagia disamping suami dan dua orang cahaya mata.
Memang agak susah jika urusan perkahwinan dicampuri oleh keluarga mertua. Tapi tak mengapa, Kak Gee harap Sharifah cuba berfikiran positif dengan sikap ibu mertua. Anggap sahaja ibu mertua Sharifah hanya mahu yang terbaik.
Percayalah, apa sahaja perancangan dari Allah itu yang terbaik buat kita.
Namun tak usah bimbang, bagi menjawab lebih jelas soalan Sharifah ini lebih baik Kak Gee serahkannya kepada yang lebih arif dalam bidang ini iaitu doktor bahagian Pakar Perbidanan, Sakit Puan & Infertiliti, Dr. Maiza Tusimin.
Dr. Maiza juga akan berkongsi tip untuk dapatkan anak kembar.
Sila rujuk video di bawah:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live