Gaya Hidup

#PMTepiKakGee: Dendam Kek Kahwin... Tak Ada Mood Nak Raya Sebab Dingin Dengan Abang Sendiri, Macam Mana Ni?

Gempak Spot
23/05/2020
20:59 MYT
SOALAN:
Kak Gee, nama saya Azie berasal dari Lembah Klang. Saya seorang wanita berusia 26 tahun dan telah dua tahun berkahwin.
Biarpun belum ada rezeki nak dapat anak, saya gembira kerana dikurniakan suami yang sangat kacak, penyayang dah penyabar.
Saya ada satu masalah. Sebenarnya, saya bergaduh dengan abang saya. Dia satu-satunya abang saya dan sudah lebih dua tahun saya tak bercakap dengan dia.
Abang saya juga dah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Saya mula dingin dengan abang saya semenjak hari perkahwinan.
Semuanya gara-gara dia sengaja menjatuhkan kek perkahwinan yang saya tempah dengan harga hampir RM2,000.
Bayangkan, saya sanggup berpenat buat overtime selama tiga bulan hari-hari di pejabat sebab nak dapatkan bajet lebih untuk membeli kek kahwin.
Memang dari kecil impian saya mahu mempunyai kek perkahwinan yang sangat cantik tapi harapan saya musnah sekelip mata.
Saya tak marah dengan abang, tapi saya geram kerana selepas dia menjatuhkan kek kahwin saya, dia hanya tergelak dan tak ada sepatah pun perkataan maaf keluar dari mulut dia, sampai hari ini.
Tapi, abang saya boleh berkomunikasi dengan suami saya dan mereka menjaga perhubungan dengan baik.
Ibu bapa kami perasan yang saya dingin dengan abang tapi mereka sendiri seakan faham dengan alasan saya untuk bersikap begitu kerana ibu bapa saya tahu kisah susah payah saya untuk mendapatkan kek terbabit.
Masalahnya terjadi sekarang apabila tibanya musim raya.
Seriously, saya tak ada mood nak raya Kak Gee.
Sebelum ini, di hari pertama sambutan Syawal, saya sering balik raya ke rumah ibu bapa saya dan abang terlebih dahulu beraya bersama keluarga isterinya di Melaka.
PKP menyulitkan keadaan kerana abang saya dan keluarga tak dapat pulang ke Melaka.
Dia kini berada di rumah ibu bapa kami dan bakal beraya bersama-sama.
Teus hilang mood saya nak raya Kak Gee... Apa nak buat ni?
JAWAPAN:
Salam Azie.
Pernah dengar tak lagu Aishah yang berjudul Kemaafan Dendam Terindah?
Yes Azie, kemaafan.
Bagi Kak Gee, Azie kena habiskan semua rasa yang terbuku dalam hati Azie.
Lepaskan semua kerana bila nak difikirkan semula, sampai bila nak berdendam dengan abang sendiri?
Sampai bila tak nak bercakap? Sampai bila nak elak? Sampi bila nak masam muka? Sampai bila nak dingin?
Azie duduk diam-diam, muhasabah diri, fikirkan semula kerana bagi Kak Gee, apa yang terbuku dalam hati Azie adalah ego.
Azie ego dan masih mahu terus bersikap dingin.
Begitu juga abang Azie, dia juga turut sama ego.
Jika ego bertemu ego, sampai bila nak habis?
Azie kena ingat, dia satu-satunya darah daging Azie bila ditakdirkan ibu bapa Azie pergi nanti.
Jadi, sempena Raya ni, ada baiknya Azie panggil abang Azie, duduk dan berbincang, leraikan apa yang terbuku di hati dan saling bermaafan.
Sikap pentingkan diri dan ego tak akan habis kalau Azie terus bersikap begini.
Kak Gee pasti jika ada sesi perbincangan dua beradik, pastinya masalah ini selesai.
Ambil peluang dan keberkatan di bulan Syawal ini untuk menjernihkan keadaan.
Azie tak rugi kalau beralah kerana apa yang penting, hubungan itu jernih semula.
Cuba ya Azie kerana sekuat mana pun persengketaan dengan adik beradik, ingat sahaja pepatah keramat ini, air dicincang tidak akan putus.
Sekuat mana rasa dingin yang mencengkam, dia tetap abang Azie.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Ibu Bimbang Anak Ketagih TikTok, Usia Baru 11 Tahun

gempak
02/07/2021
14:20 MYT
ini dilema para ibu bapa zaman sekarang
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Jiran Belakang Rumah Meninggal Sebab COVID 19, Mak & Bapa Masih Anti Vaksin

gempak
12/06/2021
05:30 MYT
aduhai jangan terpengaruh dengan khabar tak betul
PMTepiKakGee

PMTepiKakGee: "Saya Dah 7 Bulan Tak Ada Kerja" - Anak Bimbang Tak Dapat Bantu Keluarga

gempak
04/05/2021
14:29 MYT
Peritnya Tuhan sahaja yang tahu.
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee : “Demam Sikit Covid, Batuk Sikit Pun Covid” - Pemuda Tertekan Rakan Terlalu Paranoid

gempak
28/04/2021
14:24 MYT
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Ayah Selalu Minta Lihat Pakaian Dalam, Bimbang Nak Beritahu Ibu

gempak
20/03/2021
15:25 MYT
Kak Gee rasa ini bahaya