Skip to main content

Hiburan

Syukur Urusan Pengebumian Dipermudah, Amyza Aznan Ralat Tiada Bersama Anak Saat-Saat Akhir

Amyza Aznan

Pelakon, Amyza Aznan meluahkan rasa syukur selepas majlis pengebumian anak sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail dipermudah dah berjalan dengan lancar.

Bagaimanapun, Amyza mengakui berasa ralat kerana tidak bersama ketika anaknya mengembuskan nafas yang terakhir. 

“Alhamdulillah, urusan hari ini sangat mudah... rezekilah. Rezeki Andre Mikhail. Segala urusan dipermudahkan yang hadir daripada semua segi iaitu doa dan sokongan.

“Tetapi saya sedikit ralat kerana tidak bersama dengannya ketika dia ‘pergi’. Andre ‘pergi’ ketika saya balik ke rumah untuk segarkan diri. Saya sampai je rumah, habis mandi saya terima panggilan telefon maklumkan yang paras oksigen dia dah menurun.  Saya ralatlah, mestilah saya nak jumpa dia tapi tak ada rezeki.

“Mungkin sebab dia tahu... saya ini seorang ibu yang ‘clingy’ dan selalu berkepit dengan dia 24 jam. Mungkin dia tak nak saya tengok dia pergi. Dia takut saya tak boleh ‘move on’, tak boleh nak lupa,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, pelakon drama Andai Tiada Dia ini merasakan Ramadan tahun ini merupakan Ramadan yang paling perit dirasainya.

Ujar Amyza, ujian yang menimpa sepanjang dua tahun kebelakangan ini benar-benar menguji kekuatannya sebagai seorang ibu.

“Sangat sangat (perit). Tahun lepas dia (Arwah Andre) seorang saja yang disahkan menghidap sakit kanser. Tahun ini saya dapat tahu dekat Adrian pula. Tahun ini dia (Arwah Andre) tinggalkan saya pula. Memang perit, Memang perit,” ujarnya. 

Ditanya mengenai sokongan yang diberikan rakan artis sepanjang keberadaan Andre di hospital, Amyza beranggapan segala rezeki tersebut datangnya daripada kebaikan Andre.

“Saya terima banyak bantuan daripada rakan-rakan artis bahkan daripada orang luar yang tak kenal semua. Saya tahu benda ni semua bukan sebab saya, tapi kerana Andre Mikhail. Kebaikan dia yang saya tumpang… saya hanya tumpang kebaikan anak saya. Dia baik, dia sangat baik,” luahnya.

Sekadar info, Andre menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.15 malam Isnin di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kanser paru-paru.

Jenazah Allahyarham kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang pada jam 10.40 pagi Selasa.

Februari tahun lalu, Amyza berkongsi khabar duka apabila Andre disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga. 

Selang setahun, anak keduanya, Adrian Adam, 18, pula disahkan menghidap kanser tulang dan perkhabaran duka itu dikongsi oleh aktres itu di platform media sosialnya sehingga mengejutkan ramai.

Anda mungkin berminat dengan

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Must-Watch Video

Advertisement