Soalan

Kak Gee, saya ada masalah untuk meyakinkan ibu dan bapa saya tentang perbuatan pakcik terhadap saya.

Pakcik saya nampak baik, sudah berkahwin dan punya seorang anak. Saya pula berusia 16 tahun sekarang.

Masalah saya, sudah beberapa kali pakcik datang ke rumah saya (ibu saya kakaknya) dan sewaktu tiada orang, dia seperti sengaja membuka zip seluar dan menunjukkan alat kelaminnya kepada saya.

Ada sekali dia mandi dan minta saya ambilkan tuala. Apabila saya ambil dia sengaja buku pintu dan menunjukkan alat kelaminnya kepada saya.

Pernah saya beritahu ibu, tapi dia tidak percaya. Saya bimbang satu hari nanti kalau dia akan melakukan hal yang lebih jauh dari ini.

Tolong saya Kak Gee.

Yang Benar,
S


Kredit Foto: Toowoomba Chronicle

Jawapan

Hai S. S, sekali lagi jika perkara seperti ini berlaku, apa kata S rakam atau ambil gambar perbuatan terkutuk pakcik anda.

Dengan adanya bukti seperti ini, tunjukkan kepada ibu dan bapa atau anda boleh melakukan aduan ke balai polis untuk mengambil tindakan yang lebih sewajarnya.

S perlu bertindak kerana bimbang jika dia tak melakukan hal kurang sopan kepada anda, mungkin akan dilakukannya kepada gadis lain atau pun anaknya sendiri.

Kita tidak tahu. Jadi jika S punya keberanian, rakam atau ambil gambar ya.

Jaga diri anda dan sentiasa pastikan keselamatan diri.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!