Nusantara
#PMTepiKakGee; Gadis Disihir Si Bomoh yang Disangka Ustaz, Apa Kesudahan Hidupnya?
SOALAN
Hi Kak Gee!
Tahun lepas, saya kena gangguan or maybe sampuk biasa for the first time . Masa itu huru hara cari cara nak mengubati masalah saya. Macam macam ustaz dah saya jumpa tapi hasilnya masih sama. Sampailah satu hari saya jumpa sorang 'ustaz' ni. Lama juga berubat dengan dia. Sampaikan satu tahap, setiap minggu mesti jumpa dia. Sebabnya setiap minggu saya meracau.
Beberapa bulan lepas tu , saya mula sedar yang saya su jatuh suka pada si 'ustaz' ni. Tapi dia sudah ada isteri dan anak. Waktu itu saya cuba nafikan . Gila ke apa nak suka laki orang? Jauh beza umur dengan saya pula tu.
Oh ye, ustaz ini selalu bagi minyak wangi yang khas untuk saya. Dia tak bagi orang lain pakai. Perfume tu pun bau macam limau, agak wangi. Jadi saya tak syak apa apa.
Dalam awal tahun ni, saya tak boleh nak nafikan lagi perasaan saya. Saya dah macam perempuan tak ada maruah sebab gilakan suami orang. Waktu itu dia pun suka saya. Dalam masa yang sama, tiap hari dia buruk buruk kan family saya.
Saya pula sudah macam lembu kena cucuk hidung. Dengar je semua cakap dia. Sampaikan saya jadi benci keluarga saya sendiri.
Saya yang sangat rapat dengan ibu dan kakak saya terus berubah jadi macam musuh. Hari hari ibu saya cuba tarik perhatian saya tapi tak jalan sebab masatu saya memang dah macam orang gila bayang. Sampaikan saya nekad nak jadi isteri nombor dua pada usia yang sangat muda.
One day, saya hampir dirogol oleh si 'ustaz' dan saya seakan merelakan. Sampailah satu hari, keluarga saya dapat tahu hal ni.
Rupa rupanya selama ini saya telah disihir oleh si bomoh yang disangka ustaz. Kami dibutakan dengan pakaian jubah dan serban dia.
Dan sekarang barulah saya sedar yang selama ini telah disihir, malah sampai sekarang masih dihantar. Cuma Alhamdulillah Allah selamatkan saya daripada dirogol. Doakan semoga semua ini berakhir dengan cepat ya.
Yang Benar,
Ju
JAWAPAN
Hi Ju, berdebar debar juga Kak Gee baca luahan hati awak, macam plot drama. Bagaimanapun Kak Gee lega kerana kini hampir berakhir semuanya.
Kak Gee tidak ada banyak nasihat untuk Ju. Cuma satu yang Kak Gee minta, buatlah laporan polis jika benar selama ini Ju bukan sahaja ditipu malah hampir dirogol oleh seorang lelaki yang menyamarkan dirinya sebagai ustaz walhal dia hanyalah orang biasa.
Ini penting kerana selain pada masa akan datang dia tidak menganggu Ju lagi, tindakan Ju juga boleh membantu menyekat dia melakukan hal yang kurang baik kepada orang lain juga.
Bawa bukti ke balai polis dan tamatkan kejahatannya dengan jalur undang undang. Biar pihak berkuasa yang menjalankan kerja mereka dan biar dia juga mendapat hukuman yang setimpal.
Sementara dari kerja kerja syirik seperti sihir yang Ju ceritakan, biar juga dia menerima balasan dari Allah sebab sesungguhnya orang yang menyekutukan Allah tidak akan selamat dunia dan akhirat seandainya dia tidak bertaubat.
Buat Ju pula, kerana sudah ada pengalaman seperti ini, berhati hati bila berkenalan, berkawan dan bergaul. Jangan mudah percaya dan terpengaruh dengan orang. Paling penting sentiasa bersama Allah dan Allah akan jaga Ju.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video