Soalan:

Salam Kak Gee, boleh panggil Remy je.

Saya sudah pun berkahwin tahun dua tahun lepas tapi yang jadi masalahnya isteri saya jauh lebih tua.

Lebih kurang 10 tahun juga beza umur kami.

Tapi kami happy je Kak Gee, cuma apa yang membuatkan saya rasa kesian dengan wife adalah setiap kali balik raya.

Mesti ada pandangan sinis dekat wife atau ejekan yang mengatakan dia terlalu tua untuk saya.

Saya jadi cepat marah dan beremosi setiap kali balik kampung.

Pernah sekali saya tengking semua sepupu saya sampai gaduh satu family dibuatnya.

Macam mana nak bagi diorang semua hormat kami Kak Gee?



Jawapan:

Walaikumsalam Remy, terima kasih kerana #PMTepiKakGee.

Bagi Kak Gee, jodoh itu ketentuan Tuhan, siapalah kita untuk menidakkan dengan siapa jodoh kita.

Cuma bagi Kak Gee, tidak perlu rasa malu dengan pandangan negatif orang ramai.

Mungkin mereka tidak tahu atau terlupa, Rasulullah SAW kita juga berkahwin dengan Siti Khadijah r.a yang mempunyai jurang umur yang lebih berusia daripada baginda.

Di situ saja sudah jelas menunjukkan bahawa perbezaan umur tidak menghalang seseorang itu untuk mendirikan rumah tangga.

Sekarang ini mungkin gaya dan pola pemikiran masyarakat telah berubah.

Dengar atau lihat saja pasangan berbeza umur sudah macam-macam perkara negatif timbul.

Apa yang Remy perlu buat adalah bersabar dan kawal rasa marah.

Lama kelamaan mungkin mereka akan faham dan boleh hormat anda berdua.

Jadikan Nabi Muhammad SAW kita sebagai rujukan terbaik dalam kehidupan berumah tangga.



Itu kisah Remy, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?

Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.

KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!