Viral

#PMTepiKakGee: “Kata Nak Tumpang Kejap, Ni Dah Masuk 7 Tahun” - Kisah Adik Ipar Tumpang Rumah

gempak
Gempak Spot
23/04/2020
11:22 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee: “Kata Nak Tumpang Kejap, Ni Dah Masuk 7 Tahun” - Kisah Adik Ipar Tumpang Rumah
Soalan:
Salam Kak Gee. Maaf, tadi baca bekenaan adik kandung. Kalau saya, masalah dengan adik ipar lelaki.
Dah 7 tahun duduk sekali, suruh keluar untuk berdikari tak nak. Alasan anak yatim dan suami saya tu abang dia, jadi bagi dia suka hati la nak buat apa.
Bergaduh dah berkali-kali, kata saya ni belagak macam ma'am besar. Masalahnya sekarang yang masak saya, kemas saya. Tang mana yang saya jadi ma'am besar? Bila abang dia ajak bincang, melenting macam apa, kata dah senang nak halau dia, sedangkan masa kami susah, dia hina-hina jugak.
Kata nak tumpang sekejap sementara nak kumpul duit deposit bilik, ni dah 7 tahun habuk pun takde. Bila ada duit lebih, boros. Kalau nak cerita semua, 2-3 hari baru habis.
Maaf kak Gee, sekadar meluahkan rasa sakit dihati. Moga Allah makbulkan doa kami suami isteri ni, mudah-mudahan adik ipar tu keluar dgn rela hati. Ammiiinnnn.
Yang benar, Kakak Ipar Yang Penat
Jawapan:
Hi Kakak Ipar Yang Penat,
Kak Gee memang suka kalau orang luahkan perasaan terutama pada Kak Gee. Sebabnya, bila kita luahkan perasaan kita pada seseorang, kita akan rasa lega. Kalau tak banyakpun, sekurang-kurangnya ada orang jadi pendengar luahan rasa hati kita.
Dalam keadaan Kakak Ipar sekarang ni, adik ipar tetap akan pandang macam orang luar dan bukan ahli keluarga walaupun kakak ipar sendiri. Jadi penting untuk Kakak Ipar tidak lempiaskan perasaan tak puas hati pada dia untuk elakkan pertengkaran.
Tempat mengadu paling baik adalah pada suami Kakak Ipar. Sebagai abang kandung, pastinya suami Kakak Ipar ada rasa tanggungjawab pada adiknya, tapi kalau dah 7 tahun dia perlulah juga bertegas.
Jadi Kak Gee nak bagi tiga cadangan yang mungkin Kakak Ipar boleh gunakan dalam masalah yang dihadapi.
Pertama, kalau Kakak Ipar tak keberatan untuk adik ipar tinggal bersama sehingga dia pilih untuk keluar nanti, pastikan suami Kakak Ipar buatkan beberapa ‘peraturan’ untuk dia tinggal sekali.
Peraturan seperti bayar sewa bilik, beri duit untuk belanja dapur, bantu Kakak Ipar basuh pinggan lepas makan, tolong bersihkan rumah sebulan sekali dan sebagainya. Sedikit demi sedikit dia akan belajar rasa bertanggungjawab dan secara tak langsung, membantu adik ipar bila dia hidup berdikari nanti.
Itu kalau Kakak Ipar tak keberatan untuk adik ipar terus tinggal bersama. Kalau tidak mahu, Kak Gee sarankan ikut cadangan kedua.
Kedua, suami Kakak Ipar kena duduk dan berbincang cara baik dengan adiknya. Baik tidak bermakna tak tegas. Beritahu adik dia sebab yang munasabah seperti dia dan Kakak Ipar perlukan ruang sendiri sebagai suami isteri. Sangat penting untuk adik ipar faham keadaan hidup bersuami isteri.
Tidak semua cerita dalam kain suami isteri kita nak orang lain dengar walaupun adik sendiri. Tegaskan bahawa kasih sayang tak akan hilang sebagai adik beradik walaupun tinggal berasingan.
Kalau tak jalan jugak, ikutlah cadangan ekstrim Kak Gee yang ketiga ni.
Ketiga, kahwinkan saja dia! Carikan pasangan hidup untuk dia, dan buat majlis sederhana. Nanti dah kahwin, pandailah dia faham hidup berumah tangga ni, kan!
Itulah cadangan Kak Gee untuk situasi yang Kakak Ipar hadapi. Jangan terlalu risau, biar suami Kakak Ipar cuba selesaikannya secara baik dengan adik dia. Semoga nasihat Kak Gee bagi manfaat buat Kakak Ipar.
Kak Gee nak ucapkan selamat berpuasa untuk Kakak Ipar sekeluarga. Be safe and stay home. Hah, cakap orang putih Kak Gee!
Itu permasalahan keluarga Kakak Ipar Yang Penat, bagaimana pula dengan keluarga Narendra? Jangan lupa saksikan Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) bermula 23 April di Astro First saluran 480 dan On Demand.
NKCTHI menceritakan tentang kehidupan keluarga Narendra yang mempunyai tiga orang anak iaitu Angkasa, Aurora dan Awan.
Filem popular Indonesia ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Apapun, jangan lupa untuk menyaksikan NKCTHI di Astro First saluran 480 dan On Demand bermula 23 April.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024