Hi Kak Gee, boleh panggil saya Rahimah berusia 29 tahun.

Sebenarnya saya dah tak tahan dengan perangai seorang kawan lelaki saya.

Dari dulu sampai sekarang ada saja nak berlawak lucah dalam group Whatsapp.

Kalau sekali dua saya boleh ‘hadam’ lagi Kak Gee tapi tu lah dia macam tak hormat perasaan wanita yang ada dalam kumpulan tu.

Paling teruk dia pernah hantar gambar tak senonoh.

Apa perlu saya buat Kak Gee?

Jawapan:

Hi Rahimah, terima kasih sudi #PMTepiKakGee.

Pertama sekali Kak Gee faham sangat situasi tersebut.

Memang ada yang akan berperangai macam tu.

Kalau ditegur dalam group tu takut pula left kan?

Kak Gee nasihatkan supaya minta bantuan kawan lelaki lain yang ada dalam group tu terlebih dahulu.

Mungkin dengan cara begitu dapat kurangkan rasa ‘sentap’.

Jika memerlukan, ada baiknya Rahimah cuba pm tepi secara baik.

Susun ayat dah nyatakan kebimbangan Rahimah sekiranya adik beradik terjumpa gambar lucah sebegitu.


Itu kisah Rahimah, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?

Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.

KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!