SOALAN:

Salam Kak Gee, saya ada penyakit boros.

Masa PKP lepas, hari-hari mesti ada parcel datang ke rumah saya tau!

Kini, saya rasa tahap keborosan saya makin teruk, lebih-lebih lagi selepas pusat membeli-belah kembali beroperasi.

Kalau saya singgah ke mall tu, mesti ada je barang yang saya nak beli.

Mesti ada je bag yang saya bawa balik berisi barang-barang yang saya beli.

Apa yang saya patut buat ni Kak Gee? Bantu saya!

Fisha.

JAWAPAN:

Salam Fisha. Terima kasih kerana menghubungi Kak Gee.

Bagi Kak Gee, Fisha harus melakukan alternatif lain bagi membendung sikap boros Fisha.

Apa kata jika Fisha asingkan duit yang selalu Fisha gunakan untuk shopping ke satu akaun yang lain.

Mungkin kad bank untuk akaun terbabit boleh Fisha sorokkan bagi membendung rasa boros terbabit.

Disiplinkan diri Fisha untuk tidak berbelanja dan beli apa yang perlu sahaja.

Insya-Allah, jika ada keazaman di hati Fisha, pastinya sikap boros itu dapat diatasi!

--

Itu kisah Fisha, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?

Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.

Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.

Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.

Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu.

Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.

Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!

Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!

Kredit foto: Medium