SOALAN

Hi Kak Gee, saya V. Saya tak tahu nak buat macam mana lagi. Saya dan tunang sepatutnya bernikah pada akhir Disember tahun lalu tapi ditunda kepada bulan Mac kerana Covid 19. Kemudian kami membawa majlis pada bulan September lalu namun tak dapat juga dilaksanakan.

Bukan kami tak mahu membuat majlis secara kecil kecilan, tetapi masalahnya adalah bakal suami saya berada di Indonesia dan saya di Sabah.

Doakan semoga jodoh kami panjang dan niat kami bernikah tercapai.

Yang benar,
V


Kredit Foto: Marriot Hotel

JAWAPAN

Hi V, Kak Gee harap anda tabah dan bersabar. Begitu juga dengan bakal suami. Semoga dia juga sabar dan menerima situasi yang berlaku saat ini sebagai sebuah cabaran dalam mengukuhkan percintaan kalian. Bersabar dan lihat kepada hikmahnya. Dan Kak Gee berdoa agar impian kalian berkahwin dapat terlaksana.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!