Nusantara
#PMTepiKakGee ; Terpinggir Dari Keluarga, Gadis Bimbang Diri Punya Beberapa Identiti
SOALAN
Hi Kak Gee. Sihat? Kak Gee. I nak kongsi dengan Kak Gee about my story. Cut it short. I ni anak tunggal. I selalu rasa terpinggir sebab both of my parents busy. I tak kisah pun sebab bila dah besar ni, I tak ambil pusing.
Cuma sebenarnya doktor sahkan I ada split identity. I pergi jumpa doktor every month. But I tak beritahu papa and mama I sebab I rasa I boleh handle this thing. I cuma tell this story to bibik I je which I dah anggap dia macam kakak I.
Masalah sekarang I rasa I started to create more personalities dalam diri I. Sampaikan I jadi rimas. Tambah-tambah masa PKP. I create more that 3 personalities. I risau jika benda ini bagi effect lagi teruk pada I.
Kak Gee, tadikan I cakap I ada bibik yang I anggap macam kakak sendiri? Kak Gee tahu tak. Dia dah tak wujud.
I akan imagine dia yang akan dengar masalah I eventhough dia tak de dekat sini dah. Adakah situasi ini okay?
Yang Benar,
Pemilik Split Identity
JAWAPAN
Hi adik, Alhamdulillah Kak Gee sihat dan Kak Gee harap adik juga sihat ya. Kak Gee mahu terus menjawab soalan adik mengenai situasi diri adik sekarang yang punya beberapa identiti diri.
Adik bertanya adakah situasi ini okay? Jawapan Kak Gee ini adalah situasi yang tidak okay. Apa lagi kini adik katakan adik mula menciptakan beberapa personaliti lainnya dan 'menghidupkan' teman bicara yang sudah tidak wujud.
Hal ini kerana adik katakan sedang menerima rawatan daripada doktor. Seharusnya adik menjadi lebih baik atau sekurang kurangnya dapat menghalang identiti identiti lain terbina.
Nasihat Kak Gee, apabila sudah menerima rawatan dari pakar adik perlu meneruskan rawatan dan tidak menyembunyikan masalah atau dilema adik daripada doktor yang merawat adik.
Ambil ubat yang disarankan tanpa culas atau lakukan semua ilmu yang doktor minta adik lakukan untuk membantu adik keluar dari permasalahan adik ini.
Kak Gee juga hanya boleh memberi nasihat atau menjadi tempat luahan adik agar berasa sedikit tenang, namun adik tahu bahawa setiap kali adik berhadapan dengan masalah adik, adik sudah mempunyai pakar yang menjadi tempat rujukan terbaik adik.
Jadi sekarang ini keputusannya ada di tangan adik. Sekali lagi Kak Gee katakan, situasi adik sekarang tidak okay. Jika adik tidak menolong diri adik sendiri atau bekerjasama dengan doktor adik seperti ikut ketetapan makan ubat dan sebagainya, Kak Gee rasa tidak ada orang lain yang boleh menolong adik. Kak Gee mohon agar adik fokus kepada rawatan kesihatan adik.
Dan selalu ingatkan dalam diri bahawa adik sihat, adik ada banyak kawan atau ahli keluarga yang ambil berat juga sayang dengan adik. Lakukan hal yang positif atau membaca dan bergaul dengan suasana yang positif juga.
Mengenai masalah adik yang berasa terabai atau terpinggir kerana kedua ibu bapa sangat sibuk bekerja, Kak Gee sarankan mula berkomunikasi dengan mereka. Hal ini kerana adik katakan adik sudah 'besar', jadi apa kata satu hari nanti atau sewaktu Hari Raya ini, adik dan ibu bapa berbicara dari hati ke hati.
Cuba buat apa yang Kak Gee sarankan. Sebab mungkin selama ini ibu dan bapa tak perasan dan berasa okay kerana adik pun tak pernah suarakan rasa terpinggir adik kepada mereka.
Jadikan hari raya tahun ini lebih bermakna dengan berkongsi apa yang adik rasa dan paling penting juga, ibu atau bapa perlu tahu masalah yang adik hadapi sekarang supaya mereka boleh memberi sokongan dan membantu adik.
Okay adik, take care dan Kak Gee doakan adik dapat melawan 'godaan' emosi sendiri.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video