Laman Utama

Polis Buru 'Influencer' Rentas Negeri, Hadir Majlis Perkahwinan Rakan Di Kelantan

gempak
Azwa Rahman
23/02/2021
10:17 MYT
Sponsor Banner
Polis Buru 'Influencer' Rentas Negeri, Hadir Majlis Perkahwinan Rakan Di Kelantan
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat mengesahkan sedang mengesan beberapa individu yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan di daerah Kota Bharu.
Menerusi kenyataan media yang dimuat naik di laman Facebook rasmi PDRM, foto individu tersebut yang dipercayai merentas negeri bagi menghadiri majlis perkahwinan tular di media sosial.
“Saya mengesahkan petang semalam PDRM Kelantan telah terima satu laporan polis berkaitan perkara tersebut.
“Hasil semakan ke atas paparan tersebut, terdapar beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh individu tersebut menunjukkan individu tertentu (rakan) mengambil gambar bersama pasangan pengantin tanpa penjarakkan fizikal dan tidak memakai pelitup muka.
“Terdapat komen daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan individu terlibat yang gagal mematuhi SOP PKP/PKPB dan mempersoal tentang pergerakan rentas negeri rakan pengantin dari luar ke Kelantan,” ujarnya menerusi kenyataan media.
Individu yang terlibat disiasat di bawah Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Llangkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat)(No.3) 2021.
Pada minggu lalu, tindakan sekumpulan personaliti media sosial berkongsi foto dan video perjalanan merentas negeri di pantai timur mendapat kecaman hebat netizen di media sosial.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024