Polis Sahkan Terima Laporan Murid Dipukul Guru
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung seorang murid berusia 10 tahun yang didakwa dipukul oleh guru sekolahnya.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, laporan berhubung perkara tersebut diterima pada Khamis.
Raub berkata, pihak polis turut mengesan kenyataan yang dimuat naik di satu akaun media sosial Facebook berhubung perkara tersebut.
"Kita mengesahkan ada terima laporan berhubung kes tersebut pada 5 Disember 2024 dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
"Bagaimanapun, siasatan dirujuk kepada pihak pendakwa raya bagi mendapatkan arahan untuk menyiasat," katanya.
Sebelum ini, menerusi satu hantaran di Facebook, pemilik mendakwa seorang murid berusia 10 tahun ditampar, ditumbuk, direntap rambut dan diseret hingga ke pejabat oleh guru sekolahnya.
BERITA TRENDING: Intan ‘Andai Tiada Dia’ Ada Fibroid, Ini Perkongsian Dr. Izzar Mengenai Ketumbuhan Dikenali Sebagai ‘Leiomyoma’
BERITA TRENDING: 13 Tahun Hidup Terseksa, Zahnita Wilson Mahu Keluar Dari Detik Hitam - “Saya Rasa Seperti Hamba…”
BERITA TRENDING: Hanya Beri Roti Kepada Mangsa Banjir, Pempengaruh Tampil Perjelas - “Orang Bagi Apa Pun Bersyukur, Bukan Nak Suruh Sanjung…”
BERITA TRENDING: Sweet! Aksi Spontan Lisa Surihani Berlari Lap Peluh Yusry Buat Ramai Cair – “Beruntungnya, Semoga Sampai Ke Jannah”
Dalam kenyataan tersebut, turut dinyatakan murid berkenaan tiada ibu bapa dan tinggal di sebuah rumah kebajikan.
Sumber: Astro Awani menerusi Sinar Harian