Terkini
Polis Siasat Dakwaan Guru Jalin Hubungan Cinta Dengan Pelajar Lelaki
Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang guru sekolah menengan didakwa menjalinkan hubungan cinta bersama pelajar lelaki.
Terbaharu, pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes tersebut.
Pihak Polis Sudah Terima Laporan
Memetik laporan Sinar, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang wanita berusia 46 tahun pada jam 10.30 malam, 12 Disember lalu."Kesemua pihak yang terbabit sudah dipanggil merakam percakapan termasuk remaja dan guru berkenaan.
"Kita sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi, pada Ahad.
Siasatan Sedang Dijalankan
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14, Akta Kesalahan Seksual Terhadap kanak Kanak 2017."Siasatan masih berjalan yang mana kertas siasatan dihantar ke Bukit Aman sebelum diarahkan meneruskan siasatan," katanya.
Kakak Pelajar Viralkan Isu
Terdahulu, individu yang mendakwa sebagai kakak mangsa menggunakan media sosial untuk meluahkan perasaannya berhubung kes itu.Dalam luahannya di aplikasi X itu, dia memberitahu, ibu mereka sudah membuat laporan polis serta laporan berasingan kepada Pejabat Pendidikan Daerah.
Walaupun guru itu dipindahkan ke sekolah lain, mereka mendakwa guru terbabit dan adiknya masih berhubung dan pernah bertemu di pantai secara rahsia.
Bagaimanapun, dia kemudian menurunkan hantaran itu, yang menjadi tular.
Sumber: Sinar Harian menerusi Awani
Berita Trending: Hantaran Viral Mengenai Guru Wanita Didakwa Bercinta Dengan Pelajar Dipadam? Ini Sebabnya…
Must-Watch Video