Laman Utama
Polis Tahan Lelaki Berusia 23 Tahun Letak Vape Di Mulut Bayi
Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki melakukan perbuatan meletakkan vape ke mulut seorang bayi perempuan berusia 7 bulan sebelum rakaman kejadian tersebar di media-media sosial, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di sekitar bandar raya ini pada pukul 12.45 tengah hari tadi selepas menerima laporan kejadian oleh pengadu, yang merupakan ibu kepada bayi terbabit kelmarin.
Menurut beliau, suspek berkenaan akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman, esok.
“Menurut laporan, pengadu sedang makan di sebuah restoran di Bandar Baru Uda bersama anaknya, adik perempuan dan rakan lelaki adik perempuannya yang merupakan suspek dalam kejadian tersebut.
“Secara tiba-tiba, suspek yang sedang memangku bayi berkenaan dengan niat bergurau meletakkan vape yang tidak berfungsi di mulut bayi itu manakala kejadian dirakam adik perempuan pengadu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Tambah Rupiah, rakaman kejadian tersebut kemudian dimuat-naik oleh adik pengadu ke laman sosialnya sebelum ia menjadi tular dan mendapat kecaman masyarakat.
Sumber: Kosmo Online
Must-Watch Video