Laman Utama

Polis Trafik Buat Part Time Kah? Ini Kisah Sebenar Netizen Perlu Tahu!

gempak
Hanafis Haris
10/03/2021
23:30 MYT
Sponsor Banner
Polis Trafik Buat Part Time Kah? Ini Kisah Sebenar Netizen Perlu Tahu!
Baru-baru ini tular sekeping gambar di media sosial yang memaparkan seperti seorang anggota polis membuat kerja penghantar makanan.
Susulan itu, ramai netizen yang mempertikaikan kredibiliti polis yang dikatakan terpaksa melakukan kerja sampingan atau ‘part time’ untuk menyara hidup.
Walaubagaimanapun, perkara itu kemudian dinafikan oleh pihak polis.
Menerusi kenyataan dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, gambar yang tular itu bukan anggota trafik yang sedang membuat kerja sambilan sebagai penghantar makanan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng, Individu yang ditularkan sememangnya merupakan pekerja penghantar makanan dan telah hadir ke IPD Kluang.
“Individu tersebut mengesahkan bahawa itu adalah gambar dirinya .
“Oleh itu pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan perkara-perkara yang tidak disahkan benar sebelum menyemak perkara berkenaan daripada ditularkan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Tambahnya, bagi orang ramai yang menyebarkan perkara seumpama itu boleh diambil tindakan dibawah Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
"Jika sabit kesalahan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya," katanya.
Terdahulu, tular di Facebook sejak semalam gambar seorang penghantar makanan memakai seluar yang mirip dengan seluar anggota trafik sedang melakukan kerja sambilan sebagai penghantar makanan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024