Sambutan hari Deepavali pastinya tidak lengkap jika tidak menonton filem hebat Bollywood.

Bagaikan rutin wajib, pasti ada saja tayangan khas di kaca televisyen.

Namun, dalam pelbagai filem dihasilkan, tahukah anda hanya empat filem saja yang pernah menerima skor sebanyak 100 peratus oleh laman pengkritik filem Rotten Tomatoes?

Berikut merupakan empat filem berkenaan.

#4 3 Idiots (2009)


Filem 3 Idiots ini boleh dikatakan sangat berbeza dengan filem yang pernah diterbitkan di Bollywood sebelum ini.

Jalan ceritanya bukan seperti filem-filem Hindi lain, malah menampilkan elemen-elemen realistik dalam kehidupan.

Membawa kisah tiga rakan baik yang rapat sejak universiti, filem ini membuatkan penonton kembali menggamit memori.

Skor untuk filem ini adalah 100 peratus!

#3 The Conclusion Ship of Theseus (2013)

The Conclusion Ship of Theseus adalah filem drama falsafah India 2012 yang ditulis dan diarahkan oleh Anand Gandhi.

Penerbitnya pula adalah pelakon SoHum Shah.

Filem ini banyak meneroka isu berkaitan identiti, keadilan, kecantikan dan makna kematian melalui kisah-kisah seorang jurugambar.

The Conclusion Ship of Theseus juga menerima skor sebanyak 100 peratus.

#2 Baahubali 2

Siapa kata filem aksi perang epik tidak boleh menerima skor tinggi?

Filem Baahubali 2 telah membuktikan tiada yang mustahil biarpun mengangkat genre perang sejarah.

Filem ini merupakan kesinambungan daripada filem Baahubali: The Beginning dan ia menceritakan peristiwa yang berlaku sebelum dan selepas peristiwa filem terdahulu.

Filem ini dibintangi pelakon terkenal seperti Prabhas, Anushka Shetty dan Rana Daggubati dalam peranan utama.

Filem ini juga antara ‘masterpiece’ yang menerima skor 100 peratus.

#1 Zindagi Na Milegi Dobara (2011)


Zindagi Na Milegi Dobara merupakan sebuah filem berbahasa Hindi yang mula ditayangkan pada tahun 2011.

Filem Zindagi Na Milegi Dobara ini telah dihasilkan di bawah arahan pengarah Zoya Akhtar dan menampilkan pelakon hebat seperti Katrina Kaif, Hrithik Roshan dan Naseeruddin Shah

Filem ini mengisahkan tentang tiga orang sahabat membuat keputusan untuk menjadikan percutian fantasi mereka menjadi kenyataan selepas salah seorang daripada mereka bertunang.

Karya ini juga menerima skor setinggi 100 peratus.