gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Terlalu Comel Seperti Patung, Wajah Anak Ketiga Umisya, Aslam Jadi Perhatian - “Mata Bulat, Cantiknya Haya Macam Mama”
HIBURAN
‘Rezeki Last Minute’ Hael Husaini, Siti Nurhaliza Hadir Meriahkan Konsert Sulung - “Dia Contact Kata…”
BERITA
Ribuan Hadir Himpunan Solidariti Untuk Zara Di Sabah, Desak Siasatan Menyeluruh
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Popular & Bercinta Dengan G Dragon, Peminat Label Hidup Jennie Blackpink Macam Fairytale

Maliah Surip
Maliah Surip
26/02/2021
06:20 MYT
Sponsor Banner
Popular & Bercinta Dengan G Dragon, Peminat Label Hidup Jennie Blackpink Macam Fairytale
Bukan sahaja menjadi bualan kerana pencapaiannya bersama kumpulan Blackpink, nama Jennie kini menjadi hangat selepas pendedahan kisah percintaannya bersama ketua kumpulan Bigbang, G Dragon.
Menerusi sebuah forum online, ramai wargamaya yang bersetuju jika kehidupan Jennie tidak ubah seperti dalam cerita dongeng atau fairytale.
Ramai yang mengaitkan tentang populariti yang dikecapinya sejak menjadi artis, dilimpahi kemewahan hasil kerja keras bersama Blackpink sehingga kehidupan peribadinya yang kini dilihat semakin menarik selepas bercinta dengan G Dragon.
"Saya bukan peminat Jennie, tapi melihat kehidupannya yang menjadi idol banyak orang, saya sedikit cemburu. Kehidupannya umpama dongeng dalam sebuah novel," tulis seorang wargamaya seperti dilaporkan AllKPop.
Kenyataan itu kemudian dipersetujui oleh ramai komuniti online yang lainnya.
"Mesti seronok menjalani kehidupan seperti dirinya. Dia menjalani kehidupan dengan sangat extravangza," tulis seorang wargamya.
"Saya terasa seperti karakter utama dalam sebuah novel remaja. Semuanya ada dalam kehidupan Jennie, semuanya terlalu sempurna," tulis yang lain pula.
Sementara itu seseorang menulis: "Saya dengar Jennie amat meminati G Dragon sewaktu kecil. Dia kemudian menjadi artis dan duduk dalam sebuah syarikat rakaman yang sama.
"Bersama Blackpink dia membuat banyak duit. Dan kini, dia berpacaran dengan idolanya! Adalah seperti hampir sempurna apabila dia memperoleh semua yang diinginkan."
Saat ini, Jennie yang juga merupakan seorang anak orang kaya berusia 25 tahun, sementara G Dragon, 32 tahun.
Kedua duanya yang cukup identik dengan dunia fesyen dilaporkan sudah menjalin hubungan sebagai kekasih sejak lebih setahun lalu.
Instagram: @jennierubyjane Kredit Foto: Scmp
Topic Berkaitan
#Bercinta
#Bigbang
#K
#Jennie Blackpink
#Idola
#Dragon
#G
#Pop
#Fairytale
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement