
Dipadankan dengan
transmisi Tiptronic S lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda
Porsche Traction Management, Cayenne GTS dan Cayenne GTS Coupe dengan pakej Sport Chrono mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam 4.5 saat, iaitu 0.6 saat lebih pantas berbanding varian GTS terdahulu. Kelajuan maksimum pula meningkat sebanyak 8km/j kepada
270km/j.
Selain penambahan kuasa,
varian GTS mempunyai kelebihan dari segi casis di mana sistem suspensi standard dengan padanan
Porsche Active Suspension Management (PASM) adalah 20mm lebih rendah berbanding suspensi pada varian S. Porsche
Torque Vectoring Plus (PTV Plus) turut disertakan secara standard.

Sistem brek pula terdiri daripada cakera berukuran 390mm di hadapan dan 385mm di belakang, lengkap dengan angkup berwarna merah. Untuk kuasa membrek yang lebih berkesan, pelanggan boleh memesan
Porsche Surface Coated Brake (PSCB) atau P
orsche Ceramic Composite Brake (PCCB).

Turut ditawarkan sebagai opsen adalah sistem suspensi udara yang boleh
mengurangkan ketinggian sebanyak 10mm lagi, sistem kawalan stereng gandar belakang (rear-axle steering) dan Porsche Dynamic Chassis Control (PDCC).

Dari segi penampilan, kedua-dua varian GTS hadir dengan pakej Sport Design yang merangkumi kemasan berwarna hitam pada beberapa bahagian, tint gelap pada lampu hadapan dan belakang, dan
rim RS Spyder Design berukuran 21 inci.
Untuk ruang dalaman,
upholsteri Alcantara boleh didapati pada bumbung, tempat duduk, perehat tangan dan pintu, manakala kemasan aluminium gelap menghiasi papan pemuka. Tempat duduk sport dengan fungsi larasan lapan cara dan logo GTS adalah antara ciri unik lain yang terdapat pada model ini.