,
Laman Utama

Portal Tulis Cerita Kurang Tepat, Netizen Tuduh Puteri Sarah Tak Move On; “Orang Cakap Saya Meroyan, Tak Betul…”

Shahrin Zulkifle
29/12/2022
02:00 MYT

Gara-gara kenyataan kurang tepat yang dikeluarkan oleh sebuah portal tempatan, pelakon Puteri Sarah terpanggil untuk menjelaskan perkara sebenar.

Kata Sarah, kenyataan yang dikeluarkan portal tersebut hanya berdasarkan beberapa potongan video yang diambil daripada sesi siaran langsung yang dilakukannya di TikTok baru-baru ini.

Susulan kenyataan tersebut telah mengundang tanggapan buruk orang ramai yang mendakwa dirinya seperti tidak betul.

“Saya nak buat penjelasan sikit, saya ada baca dekat salah satu portal yang membuat kenyataan berdasarkan live TikTok yang saya buat baru-baru ini.

“Kenyataan yang dibuat itu telah mengundang salah faham orang ramai. Sewaktu sesi live itu saya menjawab banyak soalan orang dan sempat juga melawak dan ketawa.

“Portal itu buat kenyataan daripada potongan-potongan video live itu dan gabungkan jadi satu video baru kemudian orang ingat saya macam orang dah tak betul sebab tergelak-gelak,” katanya.

Sarah mengulas mengenai perkara itu menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Stories pada Rabu.

Dalam masa sama, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu turut menasihati orang ramai untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sekiranya tidak mengetahui perkara sebenar.

“Bila timbul perkara yang kata saya ni tak move on, sampai ada cakap saya meroyan semua. Anda semua tidak merasa. Korang satu rumah dengan saya ke?

“Live itu panjang, kalau anda hanya tengok sedikit sahaja kemudian assume yang bukan-bukan, baik jangan cakap apa-apa.

“Isu saya ni dah lama tau, bukan sebab saya kongsikan atau ceritakan pada orang bermaksud saya tak move on atau tertekan.

“Lagipun bukan saya cerita semua perkara yang terjadi di rumah. Jadi kesimpulannya jangan jadi judgemental sangat!” tambahnya.

Terdahulu, Sarah melakukan siaran langsung di laman TikTok dan menjawab beberapa soalan yang diajukan berkaitan kisah rumah tangganya bersama suami yang ketika ini sedang diuji. Malah pada siaran langsung tersebut, Sarah tempat bergelak bersama peminatnya.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Syamsul Yusof Kongsi Video Tengah Shooting Filem ‘Khawarij’ Buat Netizen Lagi Tak Sabar - “Keluar Pawagam Saja, Aku Mesti Tengok…”

gempak
13/11/2024
07:55 MYT
Perkongsian video di Instagram Syamsul Yusof memperlihatkan pengarah itu sedang menjalani penggambaran filem seram terbaharunya berjudul Khawarij menarik perhatian warga maya.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Berada Di Pentas Komedi Pencapaian Besar Untuk Puteri Sarah Liyana - “Saya Belajar Untuk Buat Lawak Secara…”

gempak
10/11/2024
09:55 MYT
Tersingkir di minggu suku akhir pada Ahad lalu, pelakon Puteri Sarah Liyana bagaimanapun berkata dia banyak belajar sepanjang berada di pentas Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4).
Hiburan

Patimah Ismail Kongsi Gambar ‘Throwback’ Yusof Haslam & Syamsul Yusof ,Netizen Syukur Hubungan Semakin Erat - “Alhamdulillah... Syukur Ya Allah”

gempak
08/11/2024
03:55 MYT
Menerusi hantaran di Instagram, Patimah tidak menulis sebarang kapsyen namun pada gambar tersebut tertulis “tak semua rindu itu mampu diluah dengan kata-kata”.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Tersingkir Minggu Ketujuh, Kumpulan Gebu Tetap Syukur Sampai Ke Suku Akhir - “Kami Jangka…”

gempak
07/11/2024
04:55 MYT
Kumpulan Gebu tidak menyangka mereka akan bertahan di pentas Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) sehingga minggu suku akhir pada Ahad lalu.
Terkini

Puteri Sarah Anggap Perceraian Bukan Satu Trend’ - “Siapa Yang Mahu Berakhir Dengan Kekecewaan…”

gempak
07/11/2024
01:55 MYT
Pelakon Puteri Sarah Liyana menyelar tindakan segelintir pihak yang menganggap perceraian selebriti seperti mengikut ‘trend’.
Unitar