Laman Utama

“Potong, Banjirkan Dengan Kari, Pergh!” - Dinobat Roti Terbaik Dunia, Netizen Kongsi Cara Best Makan Roti Canai

gempak
Mya Amri
13/09/2023
04:55 MYT
Sponsor Banner
“Potong, Banjirkan Dengan Kari, Pergh!” - Dinobat Roti Terbaik Dunia, Netizen Kongsi Cara Best Makan Roti Canai
Makanan kegemaran rakyat Malaysia, Roti Canai diumumkan sebagai juadah jalanan terbaik di dunia.
Pengumuman itu dibuat menerusi laman sosial rasmi, Instagram milik Tasteatlas pada Ahad.
Bukan itu sahaja, menerusi carta yang dikongsi oleh Tasteatlas menampilkan senarai Top 50 makanan jalanan terbaik di seluruh dunia.
Roti canai berjaya mendapat skor tertinggi iaitu sebanyak 4.9 daripada 5.0 berdasarkan ulasan pengguna.
Disebabkan pengumuman itu juga, rata-rata rakyat Malaysia melahirkan rasa teruja dan gembira kerana juadah popular ini semakin dikenali di dunia.
Malah di media sosial juga, mereka rancak berkongsi pilihan roti canai kegemaran masing-masing.
Antaranya:
“Congrats anney-anney dan abang-abang roti canai semalaysia,”
“Baru sarapan pagi tadi dua keping roti terbaik. Nak lebih terbaik... Potong dan banjirkan dengan kari kambing. Peram 10 minit dan suap, pasti cair dalam mulut. Di sulami dengan teh ais mangkuk,”
“Mamak! Roti canai banjir telur bubuh sambal, kuah kari sahaja, pergh!”
“Roti canai telur. Masa zaman kanak-kanak mak buat roti canai. Roti canai telur+bawang+lada besar tapi kena kongsi dengan lima beradik. Sejak tu saya suka makan roti canai telur,”
Untuk info, Tasteatlas merupakan aman web yang mengumpulkan resipi asli, ulasan pengkritik makanan dan artikel penyelidikan tentang bahan dan hidangan popular dari serata dunia yang berpangkalan di Sofia, Bulgaria.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live